Assalamualaikum semua...
Hari ni zaty nak bawa korang ke Sabah pulak...
Selalu zaty cerita pasal bisnes je kan, ok hari ni kite share passal lain pulak laa..
Sebenarnya bukan tahu sangat nak share pasal trip2 ni... tapi disebabkan permintaan dari kawan2.. rasa terpanggil pulak nak share trip ke Sabah baru-baru ni..
iye, ke Sabah je duluu... lepas ni ke lain pulak kan.. mana tahu.. start yang dekat-dekat lah dulu..
Tapi memang best sangat.. yelah, kat sana pon lain budayanya.. jadi makin seronok dapat pergi tempat orang..hehee
Zaty ke Sabah bersama suami selama 4 hari 3 malam.. kalau ikotkan memang sekejap sangat, tak dapat nak pergi semua tempat.. tapi alhamdulillah dengan berbekalkan 4 hari 3 malam kita manfaatkan masa sebolehnya...
Tiket ke Sabah jam 7.50 pagi, so sebelum Subuh lagi kami dah siap-siap nak ke airport dengan niat nak solat Subuh kat airport je.
Walaupun rumah dekat je dengan airport tapi kene pikir jugak nak pergi naik ape nanti kan, sebab tak nak parking kat sana.
Plan A: Kami decide naik uber pagi ni. Dari pagi semalam dah survey tengok agak-agak pukul 5-6 pagi ada tak uber berlegar-legar area sini. Alhamdulillah ada. Tapi rupanya, bukan senang-senang je nak panggil uber ni oi... malas nak cerita panjang sangat, yang pentingnya 2 kali kami direject, cubaan yang ketiga ni alhamdulillah.. pak cik ni accept dan dapatlah kami naik uber. (rupanya diorang ni ada kena ambil nombor apa bagai taw. Kebanyakkan akan ambil customer dari airport ke luar, bukan dari luar ke airport. once diorang dah keluar kenalah ambil balik nombor giliran. Kira kena beratur balik lah.. kesian pulak..) tapi takpelah, rezeki kami.. nasib pak cik tu datang, kalau tak kena guna plan B.
apa-apapon, Alhamdulillah...
Plan B: Nak tahu jugak ke plan B kitorang?? haha.. senang je, solat kat rumah dan mintak abang ipar hantar.. kihkih.. tapi tak nak susahkan orang pagi-pagi so kita decide untuk usaha dulu cari Uber.
Tiba di KLIA2..
Lepas solat Subuh beli makanan sikit untuk sarapan terus pergi ruang menunggu...
DONE
---------
Day 1 di Sabah:
Tiba di KKIA.
Terus cari makan untuk sarapan dulu, lapar sudah.. Lepas tu baru contact En. Razali untuk ambil kereta sewa. Janji pukul 11.30-12 tgh hari ambil kereta. Saya suggest sewa dengan TK Bayu ni, kereta pon kereta elok. Maklumlah jalan kat Sabah ni berbukit-bukau, naik turun gunung, elok ambil kereta yang elok-elok. Boleh dikata murah jugaklah sewa kereta dari TK Bayu ni.
1 hari RM120
2-3 hari RM100/day
4-6 hari RM90/day
7 hari ke atas RM80/day
Mula- mula deal kereta axia je, sekali dapat kereta saga baru.. tapi harga sama je dia bagi. Alhamdulillah,.. org yang sewa kereta axia sebelum tu tambah lagi 2 hari untuk sewa kereta dapatlah kami merasa naik saga baru... wehuu...
Plat Sarawak lagi.. |
Dah dapat kereta kami terus shot ke Kundasang. Dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam jugaklah.. Dalam perjalanan bolehlah singgah ke Chantek Borneo Gallery, Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli.
Sumber: En. Google |
Sumber: En. Google |
Disebabkan kami sampai pon dah tengah hari, rasa macam nak skip je Chantek Borneo ni. Jadinya, kami teruskan jelah perjalanan ke Rumah Terbalik. Masa nak ke Rumah Terbalik ni memang lalu je depan Chantek Borneo ni, tapi hati sudah tidak mau singgah, maka tak singgahlah jawabnya. Kami tengok-tengok di blog je.
Rumah terbalik pon ada 1 je rumah terbalik pon, tiket RM 10. Dalam tu ada sebuah rumah yang diterbalikkan... samalah, dekat Semenanjung pon ada jugak... hee..
Lagi satu bolehlah singgah di Jambatan Tamparuli...
Tiba-tiba rasa rugi pulak tak singgah Chantek Borneo tadi.. korang mesti singgah taw Borneo Gallery tu, nanti boleh pakai baju kaum Sabah. syiokk...
Kami ingat banyaklah rumah terbalik kat sini, rupanya sebuah sajo... kami berdua pon tersenyum simpul sambil mendengar hakak tu cerita tentang rumah kat bawah ni.. :) :)
Bolehlah nak ambil gambar banyak-banyak buat kenangan...kecil je tempat ni..
Panas terik, mate takley buka dah..hahaa |
Lepas tu, kami teruskan lagi perjalanan ke Pekan Nabalu. Sebelum ni baca-baca blog orang lain diorang kata kalau nak beli buah tangan beli dekat Pekan Nabalu, murah sikit.. kami pon belilah sikit-sikit..sebungkus dua.. nasib tak borong banyak sangat... zaty suggest korang kalau nak borong baik pergi Pasar Filipin je kat KK. Hari ke-3 baru kami dapat tahu kat Pasar FIlipin lagi murah dan barang-barang dia semua baru-baru... amplang, kueh chinchin, baju-baju, gelang-gelang mutiara, fridge magnet, memang lagi banyak pilihan..
Boleh je nak singgah di Pekan Nabalu ni,.. Jalan-jalan tengok pemandangan belakang tu cantik jugak... tapi banyak anjing lah kat kawasan ni..
Masa kami sampai memang perut dah lapar sangat, encik abang terus whatapps kawan dia, orang Sabah. Tanya kedai mana sedap nak makan tengah hari ni... Kami tengok anjing bersepah-sepah takut pulak nak makan. Dia pesan kalau nak yakin teruskan lagi perjalanan sampai ke Pekan Kundasang, kat area Pekan Nabalu tu memang ada je yang pakai skaf, tutup kepala tapi kadang-kadang bukan islam pon. Lagi satu dia pesan, jangan berhenti kat kedai 'sinnalai bakas', tu kedai jual babi hutan salai... hohohoo... nasib baik, nasib baik bagithu...
Sebenarnya dalam perjalanan sebelum sampai Pekan Nabalu ni dah nampak dulu dah kedai tu... tapi tak berhenti pon walaupon perut tengah lapar,.. nasiblah baik Allah gerakkan hati untuk teruskan perjalanan.
Tak tahu nama tempat ni, tapi ramai jugak yang dok benti sini amek gmbar pemandangan kat kaki gunung ni (duduk sini pon dah start sejuk ok ...uuu) |
Dua-dua tengah fefeeling model..hehehee |
.....................
Pukul 4.30 check in homestay... betul-betul dekat kaki gunung Kinabalu... sejuk ooo...
Zaty pesan bawa sweater tebal-tebal ye, nak mandi pon siap kena jerang air dulu, water heater pon tak dapat nak memanaskan air tu... sejuk beku...
Selain Kiram Village... korang boleh juga check-in di Alpine D'Bayu Residence. Sebelah-sebelah je dengan Kiram Village ni,.. tu pon kalau berminat nak stay dekat kaki bukit lah... tapi best.. cuaca kat sini memang sejuk yang amat.. bawa pakaian panas lebih-lebih sikit ok... zaty aritu tak bawa pon sweater... terpaksa share dengan husband.. tapi of course kitalah yang lebih memerlukan.. sian encik abe kena pakai baju berlapis-lapis...
Sesiapa yang berhajat stay sini, jangan lupa ye.. standby sweater..amat-amat diperlukan...
Selain dari dua tempat ni, boleh jugak check-in di D'Izz Homestay Kundasang... Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.
------------------------------------------------------------------------------------
KIRAM VILLAGE
Semua ni rumah-rumah di Kiram Village... tapi zaty lebih suggest korang check-in Alpine D'Bayu Residence, sebelah je.. lagi berbaloi mungkin, hehehee...
Sebelum pergi kena book awal ye, sebab Alpine ni selalu je FULL.... Kalau nak selesa, book awal-awal ok ;)
Petang hari pertama ni, kami juz ronda-ronda kat kawasan homestay...ambil udara sejuk segar gunung ganang...
Pastu lepas solat, keluar cari makan pulak... Susah jugak nak cari makan kat sini.. nak turun bawah satu hal... makanya, KFC jugakla yang menjadi tumpuan.. hmmm...
REHAT
Hari pertama tak berapa mencabar sangat, mencabarnya masa nak cari makanan je... Takut-takut lagi nak makan...
Hari ke-2 dan ke-3 baru dapat feel... tempat makan tumpuan pon dah tahu..
Tak tahulah kenapa malam pertama tu boleh tak nampak restoran dua buah terpacak atas bukit... malam kedua kami singgah solat dekat masjid baru nampak.. rupanya sebelah sana ada restoran... masjid tu pon atas bukit jugak... nasiblah labu.. lantak KFC dari pagi...hahahaa
Hari seterusnya nanti zaty sambungnya... kita berhenti setakat ni duluu... tak sabor nak cerita kisah snorkeling... maklumlah baru pertama kali, excited terlebih...
ok bye...!!
No comments:
Post a Comment