Showing posts with label shaklee nilai. Show all posts
Showing posts with label shaklee nilai. Show all posts

Sunday, 4 September 2016

Gastrik ku datang lagi~~


Assalamualaikum... Selamat pagi korang... :)



Dah sarapan ke?? Korang pon ada gastrik macam zaty ke?? kalau iye tolonglah jangan skip breakfast ye... Sarapan sangat penting bagi semua orang, terutamanya yang ada gastrik.. 

Sebelum ni dengar orang cerita je... Skrg ni haa da kena batang hidung sendiri....

Kak mila ada cerita pasal gastrik dia teruk sebelum ni... Merangkak pegi toilet sampai tahap muntah kosong.. Berpaut ni nak jalan, dah tak tahan sangat malam tu jugak ajak mama papa k.mila pegi klinik...
Sebelum ni Zaty ingat sakit perut biase2 je, pastu ade satu hari tu terlupa nak isi perut, tak sempat nak sarapan.. sakit tu datang lagi... Last2 pegi jugak klinik (slalu memang jangan harap nak pergi klinik). Doktor kate gastrik...adoi.. Ok takpelah, awal lagi kot... Tak serius lagi..

Jumaat lepas ikot mak abah pergi jalan TAR cari brg, tahulahkan dengan cuaca panas teriknya... Pagi tu makan dah, minum susu+ esp la... Bertenaga dah... Lama jugak taw kenyang dia minum ESp ni.. selalu minum dalam pukul 7-8 pagi, sampai tengah hari tu masih boleh bertahan.. kalau ada kelas tengah hari pun insyaAllah tak ada masalah.. Tapi lunch janganlah skip pulak, cari penyakit lah tuu.. 

Teman mak abah beli barang di jalan Tar

Dah tengah hari tu lunch tak pasal-pasal makan bihun sup.. Hahaa... Dah tahu awk tu gastrik, cari pasal tak makan nasi dah kenapa!!
Konon-konon rasa boleh tahan la kot... (Sebenarnya tak tahu nak makan apa nasi campur, nak pilih lauk pun malas/tak tahu..adudududuu). Makan pukul 1 lebih, kejap je dah lapau balik.. yelah, bihun sup mana tahan. Bile dah petang sikit dalam pkol 3, baru pukul 3 kot... Kepala dah rasa lain macam.. Bergelodak2 perut ni.. Tapi tahankan jugakla sampai habis settle beli barang, dengan cuace mencucuk-cucuk kepala...

Waktu dalam kete, ok!! rasenye memang dah tak dapat bertahan lagi ni... Macam naik roller coaster dah ni.. Pastu cuba lelap mate, tapi tak boleh pulak...sekadar tidur2 ayam jela... Tahulah klu lelap dalam kete macam mana...

Tibe tol Nilai memang da rase kosong sangat dah perut ni... Kuatkan jugak sebab nak kena drive balik rumah pulak.. 20 mnt perjalanan..sebab masa pergi tadi abah jemput kat tol Nilai je.. jauh sangat nak ambil kat rumah.. Rase macam 1 jam dengan keadaan kepala tengah tak betul tu..Takdelah pulak bagitahu mak abah kepala poning..huu

Sampai-sampai je solat then terus pengsan... Lupe pulak nak singgah beli makanan tadi.. nak masak memang tidak ler.. kat rumah ni, roti ke biskut ke memang tak ada simpan sebab memang dua-dua manusia ni tak makan sangat ringan-ringan tu.. kalau lapar memang makan nasi je.. Tup-tup!! 8.30 mlm baru tersedar.. 

Ingat dah dapat lelap segarlah sikit kan... Sekali tengok, sakit tu tak hilang lagi...malah makin menikam adelah... Allahu akbar..lain mcm sungguh..
Dah la kne tinggal sorang2..knelah merangkak cari mknn.. Menggigil2 kaki nak pijak tanah ni..ketar2 tgn, org kedai tu pon pelik kot tgk aku...ya Allah..memang tak penah lagilah rase sakit macam ni... Semoga Allah mengampunkan dosa aku melalui sakit ni..

Mase nak solat isyak dah siap2 pakai telekung sume, tak boleh nak diri ni...memang tak larat sungguh ya Allah.... Sebelum ni pernah juga rasa macam ni sekali waktu subuh, mase tu perot kosong memang malam tu lapar pastu pergi makan laksa pulak.. lagi anginla..nak rukuk pun tak boleh..terduduk terus kat situ... 
Waktu tu solat jemaah sekali, tapi waktu rukuk tu zaty dah tak boleh ikot, agaknya mesti abang pelik..mana makmum tak rukuk2 lagi..huu,.. (wallahu 'alam) tak tahulah tu.. abang teruskan juga solat.. Dah selesai baru tahu apa yang berlaku.. memang pegang perut je waktu tu.. Sakitnya ya Allah!!

Pastu hari Jumaat ni kali yang kedua sakit tu datang menyerang... Terus tak jadi nak solat Isyak tadi.. Memang tak bolah nak rukuk.. Lipat2 telekung then siap2 nak ke rumah kakak ipar tumpang tido...risaulah sakit2 ni duduk sorang2 jadi apa-apa nanti susah pulak...takde orang tahu...

Kuatkan semangat ni drive pergi sana. Seganlah nak mintak k.ipar jemput. Memang terhuyung-hayangla bawa kete time tu, naseb kete tak banyak malam tu.. Waktu ni lah yang singgah kedai tadi beli roti... Memang dah tak kesah dah segan ke ape ke menggeletar2 ni...yang penting aku nak makanan... Sediih kot time ni... Tak tahu nak cakap cane......hmmm, rase macam dah terbuang.. Hahaa.. Org lain tengah berseronok bercuti kita kebuluran... Dugaan2..

Sampai je rumah k.ipar terus je cari kerusi nak duduk..memang tak larat lagi dah..tggu k.ipar siapkan bilik pastu terus je tebabom...landing..  Tapi perut ni still bersilat lagi... Time2 mcm ni nak telan roti pon tak lalu dah..tapi nak buat macam mana memang kene makan jugak ni...

Pastu merangkak laa nak capaikan roti... Makan secubit2, dgn kepala sakitnya..terlentok mengunyah tepi meja dalam bilik...pastu k.ipar buatkan Milo..tapi tahule nak telan bukan main payah... Lepas dah mkn roti separuh dah takley masuk lagi dah... Baring je balik.. Tibe2 rase air keluar taw kat mulut, ni tak lain nak keluar balik la ni... Masuk toilet muntah air, da kosong perutkan..smpai takde ape lagi dah nak dimuntahkan...
Pastu teringat bàlik, agaknya mcm ni lah yang k.mila rasa kan waktu gastrik datang.. memang perit ya Allah... 

Lepas dah buang tu dia rase lega sikitlah... bolehlah gagah2kan pergi layan anak buah main2.. kita tengok dari jauh camtu je.. Tapi badan still tak bermaya lagi sebab perut masih lapar.. Pastu sambung makan sikit sebab nak makan ubat kan.. Duduk2 ngan k.ipar tibe2 rase nak muntah balik... hmmm lepas tu keluarlah balik segala air milo, roti yang dah makan tadi... sediiih... 

Muntah kali kedua ni dah rasa lega sangat... alhamdulillah... 

Lepas tu terus je masuk tidur.. Solat isyak pukul 3 pagi, nasib baik sedar... hmm.. dugaan sungguh.. Tak bestkan kalau sakit, lagi2 kalau takde orang jage sedih dia memang makan jari je... hmm... Tapi sakitkan penghapus dosa,.. moge2 terampun dosaku ya Allah.. aku terima.. Dan akan ikhtiar untuk pulih... :)

Nasihat untuk diri sendiri dan korang yang ada gastrik tu, tolong tolong tolong jangan tinggalkan breakfast taw... penting sangat.. semoga gastrik ni tak datang lagi buat kali yang je 3.. 

Hati mohon sado yer... :) :)



-------------------------------------------

Antara simptom-simptom gastrik


Tengok beza perut orang gastrik dengan orang normal/sihat tanpa gastrik

Nak tahu apa yang zaty amalkan untuk pulihkan gastrik zaty semula?? Teruskan membaca di sini.




Antara testimoni set gastrik Shaklee:
















Korang kalau nak cuba bagitahu taw, insyaAllah zaty guide cara makan yang betul..

Ni nombor zaty.. 018.7666576

Tuesday, 16 August 2016

Gastrik melampau


Assalamualaikum... Selamat pagi! :) Mulakan hari anda dengan senyuman..






Dah sarapan ke belum? Malas?? Tak sempat siapkan sarapan?? alasan je semua tuu..

Kalau boleh dari sekarang wajibkan diri kita untuk mengambil sarapan di waktu pagi walaupun hanya dengan sekeping roti. Nampak macam remeh, tapi percayalah penyakit takkan datang dengan petanda. Ada orang yang dapat detect awal, alhamdulillah.. tapi ada sebahagian yang lain badan dia tak ada bagi hint dah.. Last2 dapat tahu dah kritikal je.. Takutkan?? 

Seperti yang saya alami sendiri, memang sebelum2 ni biasa je kalau rasa sakit perut ke apa kan, tapi bila sampai 1 tahap dah tak tahan sangat, terpaksa jugaklah pergi klinik, buat pemeriksaan. Ok, rupa-rupanya betul ada gastrik.. sebab apa?? Breakfast jarang-jarang nak ambil dan tengah hari pon nak makan ikot mood... uissh!! ada pulak macam tu kan... 

Tunggu perut dah masuk angin, pastu mesti datang pening kepala dan sebagainya. Bila dah pening tu faham-faham jela, nak buat kerja apa pon mesti terganggu.. 

Sebagai fitrah manusia, kita semua tidak terlepas dari makan dan minum. Dah terang-terang Allah suruh kita makan nak sekat-sekat kenapa kan... Sebagai panduan, pengambilan makanan mestilah teratur pada waktu yang sepatutnya.. 


Best time to eat


MENU TERBAIK UNTUK SARAPAN PAGI

  1. Pisang- Memiliki serat yang baik untuk tubuh. Potassium yang tinggi dan baik untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  2. Telur- protein tinggi, membuatkan tubuh anda mendapat kenyang yang lama. (cukup 1 biji sehari).
  3. Yogurt- Terkandung protein dan kalsium yang baik untuk tubuh serta dapat membantu anda dalam melakukan diet yang sihat. Membantu mendapatkan sistem pencernaan yang lebih baik. Ia juga elok dimakan tawar dan tanpa lemak (nonfat), kalau terasa nak manis sikit boleh campur dengan buah-buahan segar.
  4. Teh/teh hijau- Kandungan antioksidan yang terdapat pada teh dapat memberi efek yang baik pada kulit. Bantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengurangi berat badan.
  5. Jeruk/fresh oren- Kandungan vitamin C yang tinggi, boleh dimakan begitu saja atau dibuat jus. Memudahkan tubuh menyerap nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh badan serta membantu melancarkan buang air besar.
  6. Roti gandum- Sumber karbohidrat, memiliki serat dan nutrisi yang lebih tinggi berbanding roti putih/tawar. 


Boleh standby dah makanan di atas untuk sarapan nanti ye :)
.....................

SIMPTOM PENYAKIT GASTRIK:
>> Perut kembung
>> Kerap sendawa
>> Pedih ulu hati
>> Loya&muntah
>> Muntah darah@najis berwarna hitam
>> Berangin@pedih
>> Hilang selera makan
>> Turun berat badan


--------------------------------------------------

Sejak dapat tahu ada gastric ni, saya amat menitikberat tentang pemakanan terutamanya sarapan pagi. kalau tak sebelum2 ni memang tak kisah sangat kalau tak makan pagi, padahal dah tahu dah mesti kalau tak makan perut akan rasa sakit, pedih dan paling teruk kembung masuk angin. Aduh!! 





Bayangkan, kita ni alhamdulillah gastrik belum teruk lagi.. Cuba tengok kawan-kawan atau kenalan kita yang ada gastrik yang dah tahap teruk tu... sampai tak boleh bangun, guling-guling atas katil.. nak pergi kelas pon tak boleh, nak buat kerja rutin pon payah..  Ada jugak yang sampai muntah-muntah kan?? JOM bantu mereka..!! saya ada penyelesaiannya...






GASTRIK PULIH setelah konsisten dgn:



  1. ESP: Dapat mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan gastrik. ESP ni bersifat alkali, so bila perut yang berasid ESP dapat membantu mengurangkan hakisan pada dinding perut. Ia juga dapat memulihkan kembali lapisan yang terhakis tadi sesuai dengan nama ESP ni iaitu Protein. Dalam membaikpulih dan membina sel-sel yang baru pada dinding perut, protein amatlah diperlukan. Selain itu, ESP juga dapat memberikan rasa kenyang yang lama dan mengelakkan kepedihan akibat daripada perut kosong dan lapar. 
  2. OSTEMATRIX: Kaya dengan kalsium yang bersifat alkali. Sama seperti ESP kerana kalsium yang ada dalam susu dapat membantu meneutralkan perut.
  3. B-COMPLEX: Kebiasaannya, pesakit gastrik akan selalu bergantung dengan ubat tahan sakit dalam usaha untuk meredakan kesakitan. Sebenarnya, ini bukanlah satu tindakan yang wajar kerana setiap ubat pasti akan memberi kesan sampingan di kemudian hari. Semakin banyak yang diambil, semakin tinggi dos yang diperlukan untuk pengambilan yang berikutnya. Sebagai langkah yang lebih bijak, ambil juga B-com dalam melegakan gastrik anda. Sangat banyak khasiat dalam melegakan stress dan sekaligus melegakan kesakitan. 


Boleh order di sini 

atau  018.7666576 (wa/call)
fb: Norizzati Zainal