Sunday 18 December 2016

KETAHUI PETANDA GOUT

APE ITU GOUT???



Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada terkumpulnya asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang terhasil dari sejenis protein yang dipanggil 'purin'. Secara normalnya, badan kita akan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing, tetapi bagi pengidap gout asik urik tadi tidak dibuang malah akan berkumpul di dalam sendi. Bahaya gout ini sehingga boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Asid urik yang berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'. Jika ia terkumpul di dalam salur air kencing, ia boleh menyebabkan batu karang.


Penyakit gout ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun dan jarang dihidapi oleh kaum wanita terutamanya yang belum putus haid (monopose). Tetapi ini bukan bermakna kaum wanita tidak mempunyai risiko untuk mendapat gout. Pencegahan awal adalah sangat penting bagi setiap individu.


Antara tanda-tanda Gout:

1) Gout sering menyerang ibu jari kaki.
2) Ibu jari kaki kelihatan merah, terasa panas dan makin membengkak. Dan sudah pasti terasa tersangat sakit pada waktu tersebut.
3) Sakit datang tiba-tiba dan kebiasaannya akan terasa sakit pada waktu malam.
4) Bahagian sendi yang diserang akan terasa amat sakit walaupun bersentuh dengan kain.
5) Kesakitan akan berterusan berhari-hari, atau 1-2 minggu untuk reda.
6) Setelah reda, sakit itu akan datang kembali selang beberapa minggu atau bulan.
7) Sendi-sendi lain yang turut diserang disebabkan gout (buku lali, jari, pergelangan tangan dan lutut).


Masalah kesihatan lain yang sering dihadapi oleh pesakit gout:

^^ Kegemukan
^^ Darah tinggi
^^ Diabetes



 Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout:

  • Organ dalaman (hati, paru, ginjal, otak)
  • Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang (ketam, udang, kerang)
kurangkan makan:

  • asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, beans, peas
  • Roti jagung dan bijirin



LANGKAH PENCEGAHAN
  1. Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  2. Menjaga berat badan- kegemukan boleh mengganggu fungsi badan untuk menyingkirkan asid urik yang berlebihan.
  3. Elakkan minum minuman keras.
  4. Elakkan makanan yang mempunyai purin yang tinggi.
  5. Minum air yang banyak setiap hari.
  6. Selalu beriadah.