Monday 30 April 2018

YOUTH SHAKLEE bersama spa 'The Walking Beauty'


Assalamualaikum....

Tak sabar rasanya nak berkongsi dengan anda semua tentang perkaitan antara Set Skincare YOUTH SHAKLEE bersama projek Spa Bergerak "The Walking Beauty".





Dalam banyak2 skincare produk, mengapakah Set Youth ini  juga yang dicari dan sentiasa menjadi igauan setiap wanita sejak mula dipasarkan di Malaysia. 😱😱 Ini SERIUUS!! Yelah, siapa yang tak suka bila skincare dia bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya. Waa takutnya.. Bukan belas2 ni ok, pakai ribu2 je sekarang. Banyak kot. Pengajarannya, sentiasalah berhati2 dan berwaspada dalam membuat pilihan untuk memiliki set wajah yang berkualiti dan selamat.


Begitu juga dengan Spa Bergerak kami, kami hanya menggunakan beauty produk yang selamat dan tiada kesan sampingan yang boleh memberi kemudharatan kepada klien kami. Sesuai dengan namanya Spa Natural.


Kalau korang nak tahu, dekat US laaagi Hebat!  Dan mereka lebih teliti dari peraturan di Malaysia. Kenapa saya kata macam ni? Sebab, di US mereka mengatakan bahawa youth ini bebas dari 2500 bahan kimia secara keseluruhan tetapi apabila masuk sahaja dalam pasaran Malaysia, bahan kimia yang ditapis hanyalah sebanyak 1500 bahan kimia sahaja. Maksudnya, ada baki lagi 1000 bahan kimia yang tidak dianggap sebagai bahan kimia padahal ia bakal memberi kesan jangka panjang pada kulit wajah seseorang.


Spa Shaklee

Disebabkan kita adalah spa bergerak di bawah master Shaklee, jadi kesemua beauty produk adalah hanya produk keluaran Shaklee sendiri.


🌼🌼🌼
Terdapat 8 tanda penuaan utama yang diukur:

1- Kedutan kulit/ wrinkles
2- Saiz pori/ pores size
3- Tona kulit tidak sekata/ Skin tone
4- Keanjalan kulit/ Firmness
5- Tekstur kulit/ Skin texture
6- Hiperpigmentation/ Jeragat
7- Seri kulit/ Radiance
8- Kekenduran/ Sagging


Di sini saya sertakan beberapa testimoni pengguna yang telah berjaya mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik. Bukan sahaja tertumpu kepada kulit wajah wanita, malah lelaki juga amat digalakkan untuk memilikinya. Kesan seawal 7 hari.












Keputusan klinikal tanpa kompromi





YOUTH adalah produk yang sangat mesra alam malah telah disertakan dengan bukti secara klinikal. Ini adalah salah satu tranformasi bagi wanita yang ingin kekal awet muda dan kekal anti aging.






Apa yang paling PENTING adalah, kesemua produk YOUTH adalah:
  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Non-Comedogenic iaitu tidak menyumbatkan liang pori 
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi

Kuasa botanikal


Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan muda kuncinya adalah pembaharuan sel. Apabila umur meningkat, pembaharuan sel akan menjadi semakin perlahan sekaligus tidak dapat menghasilkan kolagen serta elastin berbanding semasa usia masih muda. YOUTH tidak hanya memulihkan permukaan kulit wajah malah menanganinya dari dalam sel.

Disebabkan itu, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini berasaskan tumbuhan botani.

Muscadine Grape
-Melindungi & memperbaiki DNA sel dan menghalang kerosakan kolagen

Lotus Japonicus
- aktifkan protein youth bagi menjana penghasilan semula kolagen

Apple stem Cell Extract
- Mengaktif dan mempercepat pembaharuan sel

Schisandra Chinensis Fruit Extract
- Menyokong struktur kulit muda

Vital Repair Complex
- Nutrien anti oksida dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit & galakkan tumbesaran sel sihat









Trusred Sid Shaklee
Nor Izzati Zainal 1210719




Friday 27 April 2018

Cara BEBAS hutang melalui bisnes spa The Walking Beauty





Yeah AKU DAH BEBAS HUTANG!!

Wah, siapalah yang tak rasa lega bila dah berjaya langsaikan segala hutang.. Nikmat sungguh rasanya. 

Siapa kata kaum wanita ni tak mampu untuk langsaikan HUTANG SENDIRI tanpa bantuan suami?? Cuba bagitahu... Nampaknya korang salah. Kerana dengan team kami iaitu team Spa Bergerak The Walking Beauty, kami mampu untuk berdikari sendiri.

Dengan hanya buka bisnes spa bergerak tanpa kedai, kami mampu untuk jana pendapatan dari pelbagai penjuru.


Ini antara income 5 penjuru dalam #twb:

🌼 Income spa
🌼 Bonus shaklee setiap bulan
🌼 Income dari train new beautician
🌼 Untung ____-
🌼 ___

Kalau nak tahu income 5 penjuru ini, joinlah kami ye.. InsyaAllah takkan menyesal. Spa kami ini khas bagi wanita dan ianya lebih dikenali sebagai spa shaklee kerana segala bahan2 dalam rawatan spa ini menggunakan 100% product Shaklee. Spa natural la katakan, tiada bahan2 terlarang dan membahayakan.


Apakah rawatan yang terdapat dalam Spa ini?

1) urutan wajah 
2) Lulur/ scrub badan herba
3) mandian aura /susu
4) Spa kaki dan tangan
5) Sauna herba

Kesemua rawatan ini juga termasuk dalam pakej spa pengantin yang kami sediakan.


Ini antara PROVEN RESULT mentor yang sudah berjaya dengan projek #twb:








Monday 23 April 2018

10 PRODUK TERLAJAK LARIS SHAKLEE


Assalamualaikum semua.. 

Perkongsian saya hari ini adalah berkaitan dengan produk-produk yang dikeluarkan oleh Shaklee Corporation. 





Latarbelakang Shaklee

Shaklee merupakan sebuah syarikat supplement semulajadi terbesar yang sudah bertapak lebih kurang 62 tahun yang lalu. Ia mula diwujudkan pada tahun 1956 dan masih bertahan sehingga ke hari ini.Syarikat besar ini sangat terkenal dengan ke'obses'annya terhadap BUKTI dan clinical study. 

Boleh dikatakan, setiap produk yang dikeluarkan mempunyai kertas kajiannya yang tersendiri supaya apa yang dihasilkan adalah terbaik dan berkualiti serta dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Disebabkan itu, Shaklee Corporation boleh bertahan lama dalam pasaran dunia.

Antara produk yang paling lama wujud adalah multivitamin Shaklee atau dengan nama lainnya adalah 'Vitalea Iron Formula'. Ia sudah wujud lebih dari 100 tahun iaitu sebelum wujudnya syarikat Shaklee ini.

Macam mana multivitamin ni boleh wujud dulu sebelum kewujudan syarikat Shaklee?? Pelik kan?? Ada kisah di sebalik perkara ini. Akan saya kongsikan pada entry yang lain jika berkesempatan. πŸ˜‰πŸ˜‰


Produk Shaklee di Malaysia

Terdapat lebih kurang 24 jenis supplement Shaklee yang berada dalam pasaran Malaysia. Ini tidak termasuk barangan skincare iaitu untuk penjagaan kulit dan produk untuk kebersihan rumah seperti sabun mencuci baju, pinggan mangkuk serta pencuci untuk penjagaan dalam rumah. 

Ramai juga tidak tahu bahawa Shaklee juga ada menghasilkan produk untuk penjagaan rambut, penjagaan kulit bayi, penapis air dan sebagainya. Kesemua produk yang dikeluarkan adalah natural dan selamat digunakan.


New: Set Skincare YOUTH

Set penjagaan dalam rumah


Set penjagaan rambut PROSANTE


Set penjagaan bayi



Ini adalah antara TOP 10 produk best seller supplement SHAKLEE





Healthy Nutrition

1) VIVIX
5) Ostematrix
7) Vitamin E Complex
8) Vitalea Iron Formula (Multivitamin)
10) Lecithin



Dalam Spa Bergerak #twb, kami menggunakan produk 100% daripada barangan Shaklee. Kami yakin dan percaya dengan menggunakan produk yang sangat berkualiti ini dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk mengambil servis. Kebanyakkan pelanggan juga berpuas hati dengan perubahan yang dirasai selepas membuat rawatan bersama team kami.

Sebarang pertanyaan berkaitan KURSUS SPA BERGERAK, boleh hubungi saya di talian di bawah ini. 



NOR IZZATI ZAINAL
+6018 7666 576
Trusted SID : 1210719
Certificate Beautician The Walking Beauty
FB: Norizzati Zainal
IG: Dzarees_Beauty_Spa

Saturday 21 April 2018

8 FAKTA PENTING tentang ESP


Energizing Soy Protein atau lebih terkenal dengan panggilan 'ESP'.
Minuman bersumberkan protein soya yang dihasilkan sejak tahun 1961. Kajian dan penambahbaikan terhadap 'esp' sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.




Botol ESP lama dulu

ESP Shaklee sudah berumur hampir 57 tahun!! Hebat kan??
Jika memang ESP ni tidak Bagus, tidak berkhasiat seperti yang diwar2kan oleh mereka yang tidak mengkaji dan belajar ilmu nutrisi ni, sudah tentu dah lama dah Esp ni diberhentikan dari pasaran. Yelah, kalau tak bagus macam mana boleh bertahan sampai Sekarang.


AMAZING!!


Sejarah penghasilan 'Energizing Soy Protein'.


Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1960-an. Beberapa tahun kemudian, beliau menjalankan beberapa ujian klinikal yang membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi menjamin kesihatan manusia dalam jangka masa panjang.

20% daripada struktur tubuh manusia terdiri daripada protein yang memainkan peranan penting dalam hampir kesemua proses biologi tubuh kita. Sebahagian besar sel-sel, otot dan tisu kita terdiri daripada asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan hanya boleh diperolehi daripada pemakanan seharian.



New design ESP

Sedikit Fakta Tentang Protein

Protein adalah suatu kelompok makronutrien yang terdiri daripada sekumpulan asid amino yang berfungsi sebagai blok binaan untuk kehidupan di mana tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Struktur asas badan manusia adalah terdiri daripada sel, protein ini pula merupakan makanan kepada sel tersebut.


Dari sel membentuk tisu → dari tisu membentuk organ → dari organ membentuk sistem.







Protein adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia termasuklah meransang fungsi psikologi. Manusia yang kurang protein akan menyebabkan kelemahan pada sistem imun badan untuk melawan penyakit.


Esp adalah sumber protein bukan berasaskan haiwan tapi daripada protein tumbuhan (nabati).

Terdapat juga kajian dari Biokimiawan USA Thomas Osborne Lafayete Mendel, Profesor untuk biokimia di Yale, 1914, mereka menguji kesan protein  dari daging dan tumbuhan kepada pelanduk. Satu kumpulan pelanduk tersebut diberikan makanan protein dari haiwan dan satu lagi kumpulan lain diberikan protein nabati (tumbuhan). Dari eksperimennya didapati bahawa pelanduk yang memperoleh protein haiwan lebih cepat bertambah beratnya dari pelanduk yang mendapat protein nabati. 

Kemudian kajian selanjutnya, oleh McCay dari Universiti Berkeley menunjukkan bahawa pelanduk yang memperoleh protein nabati, lebih sihat dan boleh hidup dua kali lebih lama berbanding dengan kumpulan pelanduk yang mendapat protein dari haiwan.

Sumber protein berasaskan haiwan cepat meningkatkan berat badan pelanduk (kelinci), tetapi pelanduk yang diberi sumber protein daripada tumbuhan mempunyai jangkahayat dua kali ganda lebih lama dan lebih sihat berbanding protein dari haiwan.



Apa kepentingan protein kepada tubuh kita?

Protein adalah bahan utama dlm pembentukan perlbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.

JADI, setiap organ perlukan protein. KEKURANGAN protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.

KEKURANGAN protein juga menyebabkan lebihan air yang tinggi dalam badan dan badan akan kelihatan kendur dan otot tidak pejal. Ini juga adalah punca badan nampak gelebeh dan lesu. 

Akibat dari kekurangan protein juga akan menyebabkan berlakunya perubahan pada warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, penghasilan darah dan hormon juga akan terganggu. Yang paling bahaya adalah boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Bila badan kita tidak mendapat protein yang mencukupi dari pemakanan, badan kita akan membuat catuan protein dengan pertumbuhan rambut. Jumlah protein yang diperlukan setiap hari dalam sekitar 46 - 56g protein bagi menyokong pertumbuhan rambut. Hal ini dirujuk oleh Akademi Dermatologi Amerika. Catuan akan mula dibuat 2-3 bulan selepas bekalan protein tidak mencukupi.

Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia dikenali sebagai asid amino 'tak perlu'. Manakala asid amino yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh manusia harus diperolehi dari semua pemakanan dikenali sebagai asid amio 'perlu'.  Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu  tersebut dalam ESP.







Sarapan dengan ESP ni murah je.... tidak semahal nasi lemak sekarang ni...satu hidangan 14gm = RM2++




8 FAKTA PENTING TENTANG ESP SHAKLEE


#FAKTA 1: Antara produk terawal yang dihasilkan oleh Shaklee. Sudah 57 tahun dalam pasaran dunia. Kalau umur manusia ni kira dah matang sangat dah, dah hidup lama kan? tapi shaklee tetap juga menjalankan kajian semata-mata untuk menjaga kualitinya. 


#FAKTA 2: ORGANIK DAN “NON GMO”

Fakta mengenai ESP yang lain ialah ia diperbuat dari sumber kacang soya yang bukan GMO (Genetically Modified Organisme). Sebenarnya kacang soya sekarang banyak diubah genetik supaya dapat hasil dengan lebih cepat, kurangkan rosak, kurangkan risiko terkena serangan serangga perosak dan penyakit. Dalam kata lain, supaya dapat meminimumkan modal dan memaksimakan keuntungan.

Tetapi, kacang soya yang digunakan Shaklee disahkan melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soya dipantau dengan ketat sekali sejak ditanam, dituai sehinggalah diproses.

Lihat contoh ayam. Tempoh normal untuk membesar dan matang dan sesuai untuk disembelih adalah lebih kurang 6bulan. Tapi sekarang ayam cuma perlu 40 hari dah boleh disembelih. Entah berapa kali suntikan hormon dilakukan, yang tulah yang kita selalu makan sekarang. 

Nama glamour 'ayam 40 hari'. hehehee


#FAKTA 3: SATU-SATUNYA PRODUK YANG MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO PENTING

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.

Soya adalah satu-satunya protein tumbuhan yang menyerupai protein dari haiwan. Protein ni diibaratkan seperti batu bata yang membina rumah. Seperti itulah perlunya protein terhadap badan kita. Sebab itu kalau anda baca testimoni ESP, ada bermacam jenis testimoni (kuku, rambut, kulit, tenaga, rahim etc). Nak buat macam mana, ESP ni memang membantu badan untuk sihat dari hujung kaki ke hujung kepala.


#FAKTA 4: KACANG SOYA ESP DICUCI MENGGUNAKAN AIR SEJUK 


“Dr Shaklee knew that by using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phytoestrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positives benefits of soy and only 12 to 20 negatives studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.”

Betapa shaklee sangat menjaga kualiti. Kajian sangat terperinci dan bukan mementingkan keuntungan semata2.


#FAKTA 5: DIPROSES PADA SUHU RENDAH AGAR PROTEIN TIDAK ROSAK

Fakta protein adalah rosak pada suhu yang tinggi. Fakta ESP pula adalah diproses pada suhu rendah. Sebab tu kalau bancuh susu untuk baby, kena bancuh dengan air suam. Bukan air panas. Ni mak2 tahulah.

Protein yang kita biasa makan seperti ayam, ikan dan daging lebih susah diserap oleh badan kerana protein yang dimasak akan berubah strukturnya kepada bentuk gumpalan.

Amalan pemakanan seharian kita belum tentu dapat memperoleh protein secukupnya. Sumber protein boleh musnah juga bila terlebih masak. Makanlah ayam/daging tiga pinggan sekalipun entah berapa je protein yang kita dapat. Selebihnya dpt kolestrol..dapatlah kumpul lemak jahat. 


#FAKTA 6: KANDUNGAN GLICEMIC INDEX (GI) RENDAH

Kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos atau tenaga dipanggil sebagai Glisemic Index (GI). Perasan tak, bila makan nasi putih, kita akan cepat lapar? Ini kerana nasi mempunyai GI yang tinggi iaitu 78. Glukos yang tinggi itulah yang menyebabkan kita rasa malas dan nak melepek sahaja selepas makan. Kadang2 ada yang lepas makan nasi memang mengantuk je rasa mata ni kan, badan rasa penat. Lagi2 kalau kena nasi lemak, hadoi..bertambah naik lemak.. 

GI dalam ESP adalah sangat rendah iaitu 39. Tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan sebab itu ESP adalah alternatif terbaik untuk sarapan, diet, pesakit diabetis dan mereka yang mempunyai gastrik.


Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. 

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.

Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Sbb tu bila consume Esp tak cepat lapar...malah akan rasa kenyang yang lama dan lebih bertenaga, sangat disarankan untuk diambil pada bulan puasa nanti.


#FAKTA 7: TIADA KOLESTROL DAN ASID URIK

ESP tiada kolestrol kerana ia diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. Ada juga kajian yang dibuat menunjukkan ESP mampu membantu menurunkan kadar kolestrol badan seseorang.

ESP juga tidak mempunyai asid urik kerana ia tidak diproses oleh badan. Jadi, tiada masalah jika pesakit gout mahu mengambilnya.

Jika dibandingkan dengan protein haiwan, selain daripada suntikan hormon, terlebih consume protein haiwan boleh dapat kolestrol pulak,,adeh..


#FAKTA 8: MENGANDUNGI KALSIUM YANG DITAMBAH

Fakta mengenai ESP yang terakhir adalah ia membekalkan 50% keperluan kalsium harian. ESP ditambah kandungan kalsium untuk meneutralkan asid phytic di dalam soya. Asid phytic boleh menghalang penyerapan zat dan mineral oleh badan. Kandungan kalsium ni sangatlah penting untuk saya yang sedang menyusu bada.


The Institute of Medicine, bagian dari National Academy of Sciences, Amerika Serikat, membuat rekomendasi Daftar kebutuhan protein harian seperti berikut:

1. Bayi (0-6 bulan) - 9,1 gram per hari
2. Bayi (7-12 bulan) - 11 gram per hari
3. Remaja laki-laki (14-18 tahun) - 52 gram per hari
4. Gadis remaja (14-18 tahun) - sampai 46 gram per hari
5. Pria dewasa - sekitar 56 gram per hari
6. Wanita dewasa - sekitar 46 gram per hari
7. Perempuan Hamil atau menyusui - sekitar 71 gram per hari

Satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.

Setiap 850g (Satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.































Sebarang pertanyaan dan urusan pembelian hubungi:
Nor Izzati Zainal
Trusted SID Shaklee :1210719
FB: Norizzati Zainal
IG: ZD_ladyboss & Dzarees_Beauty_Spa

Ketahui kepentingan OMEGA GUARD SHAKLEE








Assalamualaikum semua... 

"Omega Guard??"

Pernah dengar ke?? mmmm...

Kalau saya cakap "minyak ikan"?? confirm2 selalu dengar kan?? 

Alaa, omega guard ni macam minyak ikan lah, sama je ... tapi disebabkan ia adalah keluaran Shaklee, memang ternyata BERBEZA... :)

Sebelum kita pergi melalut benda lain, jom kita tengok apa itu omega yang orang dok sebut2 ni...



Apa itu asid lemak Omega-3?

Badan manusia memerlukan lemak tidak tepu bagi membantu proses2 dalaman berlaku dengan baik. Lemak tidak tepu tu orang panggil Omega-3 la. Senang cakap ia adalah lemak baik, bukan lemak2 jahat yang boleh menggemukkan badan manusia.

Badan manusia tidak mampu untuk membina sendiri asid lemak omega-3 ini tetapi kita boleh dapatkan omega 3 dengan mudah, iaitu daripada makanan yang kita consume setiap hari.



Antara makanan yang mempunyai omega-3 adalah:
Boleh rujuk (di sini)



Sumber google

  • Sayuran hijau
  • Ikan
  • Algae
  • Kacang walnut
  • dll


Tapi adakah mencukupi keperluan asid lemak omega-3 yang kita ambil setiap hari?? yelah, bukan selalu pon dapat makan makanan dalam gambar tu.. kadang2 pon memilih kaan?? alaa, tahu dah.. 

kalau nak senang telan je omega guard Shaklee setiap hari. Cukup lengkap dengan EPA dan DHA juga ALA.




Ini adalah 3 jenis omega-3 yang utama:

1. DHA (docosahexaenoic acid)
2. EPA (eicosapentanoic acid)
3. ALA (alpha-linolenic acid).

EPA dan DHA ini kebanyakannya datang daripada sumber 'ikan' sehingga dikenali sebagai marine omega-3.

Terlalu banyak kajian yang berkisarkan tentang 'minyak ikan' ni, iaitu sejak 50 tahun yang lepas. TETAPI apa yang kurang adalah kajian tentang EPA dan DHA. Ia hanya mula dikaji sejak 15 tahun yang lalu kerana ahli pengkaji juga tidak menyedari tentang kepentingan kedua2nya.



Siapa yang perlukan EPA dan DHA ni?

Kategori pertama yang memerlukan EPA dan DHA adalah kanak-kanak.
DHA membantu kanak-kanak untuk tumbesaran dan perkembangan otak. Ketika tumbesaran di dalam rahim, central nervous system (CNS) dan retina (mata) memerlukan DHA sebab tu penting bagi ibu-ibu hamil mengambil DHA daripada minyak ikan. 

Pengambilan minyak ikan bukan disebabkan mengandung sahaja tetapi juga sewaktu anak disusukan iaitu selepas bersalin. Kanak-kanak masih memerlukan DHA sehingga mereka mula bersekolah. Jika mahukan anak yang bijak, teruskan pengambilan minyak ikan ini sejak kecil.

Selepas meningkatnya umur anak kepada 5 tahun, perkembangan otak dan CNS akan mula perlahan. Pada waktu ini, badan sudah TIDAK memerlukan DHA tetapi memerlukan EPA dalam pemakanan. 

EPA pula membantu 'childhood behaviour' dan 'academic perfomance' kanak-kanak supaya menjadi lebih fokus, perhatian dan dapat mengurangkan agresif/nakal.

Bagi orang dewasa, EPA sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental termasuk depression dan dyslexia. Selain tu, EPA juga membantu melindungi genes dan kitaran sel, dengan erti kata lain jika keperluan EPA ini mencukupi, kita boleh mencegah daripada penyakit2 kronik seperti sakit jantung, masalah sendi dan tulang, neurodegeneratuve disease seperti Parkinson.

Makin bertambah usia, fungsi kognitif dan fungsi otak akan merosot. Keadaan ini yang menyebabkan banyak berlaku penyakit seperti alzheimer dan dementia. Bila penyakit ni dah mula menyerang, struktur otak memang dah musnah. So macam mana kita nak bantu? Waktu ni DHA mainkan peranan semula. Bukan untuk menyembuhkan, tapi hanya untuk memberi sokongan.

So, kalau kita ambil EPA ni, kita boleh mencegah daripada kehilangan lebih banyak brain tissue.



Apa istimewanya omega-3?

~Omega-3 merupakan sebahagian daripada membran sel dan mempengaruhi fungsi sel rangsangan (receptor cell). 

~Omega-3 menyediakan titik permulaan untuk membina hormone dan mengawal penggumpalan darah, pengembangan dan penguncupan dinding arteri/salur darah (contraction dan relaxation of artery wall). 

~Omega-3 also bind to receptors in cell that regulate genetic function.

~Omega-3 ni juga tersangat penting untuk fungsi badan kita. 
TAPI, badan kita tak menghasilakan lemak ni. Kita hanya dapat omega-3 ini daripada makanan yang kita consume hari2. Jadi, cukup tak sebenarnya omega-3 ni dalam badan kita? 


Di luar negara, terutama negara2 yang sudah membangun, mereka sudah lama mementingkan pengambilan minyak ikan dalam makanan harian kerana terlalu banyak kajian yang dijalankan memang menunjukkan KEBAIKAN omega-3 kepada kesihatan terutama kepada jantung dan perkembangan otak.



KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan lima lagi asid lemak semulajadi.

Ia sangat istimewa kerana:

1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

🐟Menyingkirkan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCB's dll.
🐟Proses ini juga membantu memekatkan dan menulenkan omega-3.
🐟Mengurangkan bau dan rasa hanyir pada ikan.

2. Minyak ikan kecil dari laut dalam

Kenapa ikan kecil laut dalam yang dipilih oleh Shaklee??
Kerana, laut dalam jauh dari pencemaran seperti kapal dan toksik..

Kenapa ikan kecil?
Kerana, secara logiknya jika ikan besar maka semakin banyak kandungan toksik yang ada pada ikan tersebut.

3. Kualiti terjamin, minyak ikan bergred farmaseutikal.

4. Diiktiraf oleh Friends of The Sea.

Yang ini adalah the most interesting part of Omega Guard Shaklee iaitu, shaklee punya omega guard mengandungi kandungan DHA dan EPA yang sangat tinggi which is good for our body..



























Sebarang pertanyaan dan urusan pembelian barang, hubungi:


Nor Izzati Zainal
Trusted SID Shaklee: 1210719 
Certificated Beautician #TWB
FB: Norizzati Zainal
IG: ZD_ladyboss & Dzarees Beauty Spa



Rahsia di sebalik ALFALFA: Raja Tumbuhan



Assalamualaikum semua... πŸ˜ƒ


Dah ready ke nak jatuh cinta dengan ALFALFA ni??




Saya bongkarkan RAHSIA DI SEBALIK ALFALFA COMPLEX SHAKLEE. 😁




Nama diberi Alfalfa
Nama scientifiknya adalah 'medicago sative'.
Juga dikenali sebagai Raja Tumbuhan.
Dipanggil sebagai Raja kerana ia mempunyai 300 nutrient di dalamnya, Hebatkan ciptaan Allah.

Pada asalnya, alfalfa telah dijumpai oleh orang2 Arab, bukan orang barat. Disebabkan khasiatnya yang sangat banyak, orang barat mula membuat pembaharuan. 

Terhasilnya nama alfalfa daripada kata nama Alfun, iaitu 1000 dalam bahasa Arab. Orang Arab mengibaratkan alfalfa sehingga mempunyai 1000 khasiatnya.


Akarnya boleh menjalar sehingga 6 meter jauhnya untuk ia mendapatkan nutrient dari dalam tanah.
Inilah antara penyebab alfalfa mempunyai begitu banyak nutrient padanya. 
Ia telah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Tidak dinafikan, terdapat banyak jenis alfalfa yang dijual di luar sana baik dalam bentuk 'tablet', 'cecair' maupun dengan rupa asalnya.
Yang membezakan ALFALFA SHAKLEE dengan yang lain adalah dari segi penanamannya.

Alfalfa juga ada dijual di kebanyakkan supermarkat, harganya boleh tahan mahalnya. 'Seciput' pun dah RM 10, ini baru alfalfa biasa. Inikan pula yang dibawakan khas dari luar negara, dijaga dengan rapi tanpa penggunaan racun serangga. Nanti saya cerita, teruskan membaca pasti anda akan lebih jatuh cinta. :)




Adakah ALFALFA ini sejenis 'teh'?

Ada juga yang kata Alfalfa ni adik beradik teh, tapi mereka silap. iye, memang bau alfalfa seakan teh, tapi ia memang BUKAN TEH!!

Teh adalah Teh!
Alfalfa adalah alfalfa, iaitu pokok alfalfa!
Juga merupakan sejenis Herba.




Apa beza alfalfa Shaklee dengan alfalfa lain?

Bezanya, alfalfa shaklee hanya mengambil daun/pucuk alfalfa sahaja untuk dibuat tablet, tidak dicampurkan dengan akar dan lain2. Kalau kita tengok gambar kat bawah ni dah macam rupa tauge pulak kan. Gigihnya shaklee nak asingkan daun dengan batang putih tu, hehe.. sebab nak hasilkan produk yang terbaik.





Bukan itu sahaja, shaklee juga hanya memilih alfalfa yang sudah berumur 2 tahun. Memilih nau orang Melaka, tapi memilih untuk beri yang terbaik. Pucuk adalah bahagian yang paling berkualiti... Bukan daun yang dah tua dan Bukan juga akar... bahagian tersebut merupakan bahagian yang kurang TOKSIN... Dan Shaklee sendiri pon ada menjalankan proses pembuangan toksin bagi memastikan tiada cebisan yang tinggal.... Sebab herba secara semulajadinya memang bertoxin 😁

kenapa 2 tahun??
Kerana pada usia 2 tahun juga jumlah klorofil dekat daun alfalfa itu berada dalam jumlah yang maksimum.

Nampak tak? Shaklee cuma amik yang the best.. Harvest pada tempoh matang supaya mendapat hasil yang maksimum. Usia alfalfa dikira dari usia alfafa di tanam. Dan sebelum membuat sebarang proses, alfalfa akan diambil dan diuji untuk pastikan keadaannya benar-benar selamat.



Sebab tu shaklee boleh guna tagline:


Always safe, always work, always green



Antara khasiat yang ada dalam ALFALFA:


  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. 
  • Legakan sakit sakit sendi dan belakang.
  • Hilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi 'rasa sejuk' kerana terkandung minyak 'peppermint'.
  • Memberi kelegaan semasa haid.
  • Merawat arthitis.
  • Sangat baik untuk elergi dan ekzema (alahan).
  • Merawat asma.
  • Membuang toksik pada usus.
  • Merawat kencing kotor dan mencuci buah pinggang.
  • Meneutralkan asid dalam badan.
  • Membuang angin dalam badan.
  • Melegakan sembelit.
  • Merawat masalah keputihan.
  • Membesar dan menegangkan payudara.
  • Bertindak sebagai kacip fatimah.
  • Melegakan urat selepas bersalin.
  • Masalah penghadaman dan pencernaan.
  • dan banyaak lagi.

Bagi yang ingin cuba untuk detoks badan, alfalfa adalah Pilihan yang terbaik.
Boleh diambil oleh kedua-dua lelaki dan perempuan.




Siapa yang tidak boleh ambil ALFALFA?? kenapa??



1.    Pesakit autoimun eg SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc.


Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sistem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom2 penyakit autoimun tersebut semakin teruk.

 2.    Ibu mengandung


Alfalfa mengandungi estrogen tumbuhan semulajadi (phytoestrogens) yang boleh menyebabkan kontraksi uterus, seterusnya boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan). Alfalfa TIDAK DIUJI KE ATAS WANITA HAMIL, pengambilan dalam tempoh kehamilan atas tanggungan sendiri. 

 3.    Penyakit hormone-sensitive (kanser payudara, kenser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid)


Phytoestrogen dalam alfalfa yg boleh bertindak seperti hormon estrogen boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini.

 4.    Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin


Alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat mesti dinasihatkan supaya monitor paras gula dalam darah closely agar dos ubat dapat disesuaikan accordingly (better doktor yg adjust dos ubat ni ye). Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh dapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.

 5.    Penerima organ transplant


Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan efikasi ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).


Sila beri PERHATIAN kepada 5 golongan di atas.



Antara golongan lain yang tidak boleh mengambil Alfalfa:


 1. Org yang makan ubat cair darah warfarin.


Sebab, alfafa ni ada kandungan vitamin K yang sgt tinggi. Vitamin K ni berfungsi utk pekatkan darah. Sekiranya alfafa diambil sama dengan warfarin, kemungkinan efek warfarin tu kurang.

2. Orang yang amik pil perancang


Sebab dalam alfalfa ade phytoestrogen yg bertindak sebagai hormon estrogen. Ini akan kurangkan efek pil perancang tu. 








Nutritional Facts: Seperti yang terdapat pada botol alfalfa.

Serving Size: 10 tablets

Ingredients Amount Per Tablet
Alfalfa Powder 300.000 mg
Dicalcium Phosphate Anhydrous 103.623 mg
Tricalcium Phosphate 1.921 mg

Ini jumlah kandungan bahan dalam alfalfa complex.







Dalam Spa Bergerak kami juga sangat banyak menggunakan Alfalfa ni dalam rawatan... :) Nak tahu?? jom book sesi rawatan spa dengan saya. 



Sebarang pertanyaan dan pembelian hubungi:
Nor Izzati Zainal
Trusted SID Shaklee :1210719






Monday 16 April 2018

Modal Minima buka spa




Assalamualaikum... Hi korang...

Harini zaty nak kongsi sikit tentang modal yang korang perlu keluarkan untuk membuka BISNES SPA. Hmm, boleh tahan rumit jugak ni ek tajuk ni,..πŸ€”πŸ€”

Yelah, nak mulakan bisnes ni bukan mudah, macam2 bende perlu diambil kira.. Yang kecik, yang besar, yang tepi2.. Kadang2 bile dah mula beroperasi baru kita perasan..kos2 yang tersembunyi tu..mau tak PENING  😌😌


Mana tak nye,

➡️Kos sewa kedai
➡️Kos peralatan
➡️Nak bayar gaji pekerja (jika perlu)
➡️Barang2 spa
➡️Bil api air, dah nama spa takkan nak pasang kipas je... Mesti pasang aircond, betul tak??
➡️Tak masuk lagi dengan barang2 nak hias kedai..uu..masak oii..


Saya faham semua tu (bunyi ala2 iklan Trivago la pulak πŸ˜‚)


Bile kita nak berbisnes ni.. Nak tak nak kite perlu keluarkan modal.. MODAL pulak bukan boleh sikit2, lagi2 bagi yang baru nak berjinak2 dengan perniagaan. Selain modal, kite juga perlu ada ilmu dulu...bukan terus je buka tanpa ade sebarang panduan.... Macam orang nak jual kuih jugak, nak jual kuih donut 🍩 tapi buat do no je, camno ni..


Contoh macam kelas bakery, belajar beberapa resepi biskut, roti,kek dan sebagainya. Bila dah ada ILMU, da buat 2,3 kali sampai jadi baru boleh open order.. Baru customer puas hati beli dengan kita. Bile dah sedap, esok2 pon diorang repeat lagi..


Sebab tu sekarang banyaaak sangat kursus2 yang menawarkan kelas bagi mereka yang nak berniaga. Ramai dah ambil peluang tu... Bagi anda yang ingin BUKA BISNES DALAM BIDANG KECANTIKKAN iaitu SPA, saya sarankan untuk ikuti KURSUS SPA kami.. InsyaAllah, ini adalah antara kelas spa termurah pernah saya jumpa.


Tak perlu buka kedai, buka bisnes spa berkonsepkan HOME & MOBILE SPA, sangat mudah. Lagipun orang sekarang ni dah busy, tak sempat dah nak keluar rumah selalu, angkat fon call terus. Zass!! Beautician sampai depan rumah.
Klik di sini untuk info KURSUS SPA.


Untuk pengetahuan semua, pakej untuk kursus yang kami tawarkan sentiasa berubah dan dinaiktaraf setiap bulan. Sebarang pertanyaan hubungi saya di bawah  πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.


Banyak sebab kenapa PERMINTAAN TERHADAP MOBILE SPA SEMAKIN TINGGI antaranya:

🌼 menjimatkan masa klien
🌼 tidak perlu runsing nak tinggalkan anak dengan siapa (sambil2 berspa, sambil jaga anak)
🌼 tak payah pening2 nak pakai baju apa, nak matchy2 lagi pulak dengan tudung (adoi, lambat)
🌼 klien akan rasa lebih selamat mendapatkan rawatan di rumah/tempat sendiri
🌼 aurat lebih terjaga
🌼 harganya yang berpatutan


Setuju dengan saya?? πŸ˜‰πŸ˜‰


Selain ilmu tu, kite juga kena pandai cara marketing.. Jarang taw dalam 1 kursus dia ajar semua sekali..

Tapi, dengan team "The Walking Beauty" kami bekalkan kesemuanya dengan MODAL YANG SANGAT MINIMA.


Agak2 koranglah, berapa agaknya modal untuk BINA BISNES SPA??


RM 1 000??

RM 2 000??

RM 3 000??

Aishh...sampai RM 5 000 pon ade taaw..

Ni pon kebiasaannya hanya fokus kepada 1 course sahaja. Mereka akan ajar cara rawatan muka, dalam kelas yang ramai dan lepas habis kelas kita dah boleh buka bisnes spa kita. Habis kelas tiada follow up daripada mereka. Kita kena bergerak sendiri. Uishh...

Founder #twb telah melalui pengalaman yang sama seperti itu. Disebabkan itu juga, beliau mendapat idea untuk membantu mereka yang benar2 ingin berbisnes tetapi dengan sistem yang lebih baik.

Jangan risau, kami sentiasa mengalu2kan anda untuk terus sertai kami. Kami memerlukan lebih ramai lagi beautician bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi.


AGEN SPA DIPERLUKAN



Salam sayang,
Certificate beautician
Nor Izzati Zainal
+6018 7666 576 (wa/call/tele)
FB: Norizzati Zainal
IG: Dzarees_Beauty_Spa