Sunday 18 December 2016

KETAHUI PETANDA GOUT

APE ITU GOUT???



Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada terkumpulnya asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang terhasil dari sejenis protein yang dipanggil 'purin'. Secara normalnya, badan kita akan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing, tetapi bagi pengidap gout asik urik tadi tidak dibuang malah akan berkumpul di dalam sendi. Bahaya gout ini sehingga boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Asid urik yang berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'. Jika ia terkumpul di dalam salur air kencing, ia boleh menyebabkan batu karang.


Penyakit gout ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun dan jarang dihidapi oleh kaum wanita terutamanya yang belum putus haid (monopose). Tetapi ini bukan bermakna kaum wanita tidak mempunyai risiko untuk mendapat gout. Pencegahan awal adalah sangat penting bagi setiap individu.


Antara tanda-tanda Gout:

1) Gout sering menyerang ibu jari kaki.
2) Ibu jari kaki kelihatan merah, terasa panas dan makin membengkak. Dan sudah pasti terasa tersangat sakit pada waktu tersebut.
3) Sakit datang tiba-tiba dan kebiasaannya akan terasa sakit pada waktu malam.
4) Bahagian sendi yang diserang akan terasa amat sakit walaupun bersentuh dengan kain.
5) Kesakitan akan berterusan berhari-hari, atau 1-2 minggu untuk reda.
6) Setelah reda, sakit itu akan datang kembali selang beberapa minggu atau bulan.
7) Sendi-sendi lain yang turut diserang disebabkan gout (buku lali, jari, pergelangan tangan dan lutut).


Masalah kesihatan lain yang sering dihadapi oleh pesakit gout:

^^ Kegemukan
^^ Darah tinggi
^^ Diabetes



 Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout:

  • Organ dalaman (hati, paru, ginjal, otak)
  • Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang (ketam, udang, kerang)
kurangkan makan:

  • asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, beans, peas
  • Roti jagung dan bijirin



LANGKAH PENCEGAHAN
  1. Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  2. Menjaga berat badan- kegemukan boleh mengganggu fungsi badan untuk menyingkirkan asid urik yang berlebihan.
  3. Elakkan minum minuman keras.
  4. Elakkan makanan yang mempunyai purin yang tinggi.
  5. Minum air yang banyak setiap hari.
  6. Selalu beriadah.


Saturday 24 September 2016

TIPS RENOVATE RUMAH PELABURAN

TIPS RENOVATE RUMAH PELABURAN:




● Kos renovate rumah jangan lebih dari 10% dari nilai rumah tersebut. Kalau rumah 200k, renovate habis 100k, ditakuti market value tak dapat kos keseluruhan tersebut. Lagi satu, kemungkinan sukar untuk dijual kembali, sebab tak semua orang suka konsep renovation kita.

● Buat kitchen kabinet seminima mungkin kos. Bila cakap pasal rumah pelaburan, fokus kita adalah nak maksimumkan keuntungan dan kurangkan kos. Jadi kita buat kitchen cabinet panjang 5 kaki (3pintu) pun dah cukup untuk menaikan harga rumah tersebut berbanding buat kabinet panjang 15kaki.

● Cat ruang dalaman rumah dengan warna yang putih/cerah berbanding warna terang seperti oren, hijau, pink dan lain-lain. Citarasa bakal pembeli mungkin tidak sama dengan citarasa kita. Perasan tak, kalau kita pi show house projek baru, apa warna cat yang pemaju gunakan?

● Untuk dapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi, dapatkan kelulusan majlis (ada pelan ubahsuai) sebelum start buat renovation. Renovation tanpa pelan kelulusan lebih rendah nilai pasaranya.


Nak jual beli hartanah di Lembah Klang, boleh contact,
Mohd Zikry
Transasia Property Consultancy
019.461 4376


CC to: Page fb Medium Hartanah


Friday 9 September 2016

Petua Awet Muda


Selamat Petang semua.. ape cerita hari ni?? 
Walau ape sekalipun ceritanya, didoakan semoga hari ini lebih baik dari semalam... :)
Amiin



Cuba perhatikan gambar kat atas ni.. Seram tak?? Sebelah nampak muda, sebelah dah berkedut-kedut, sudah menampakkan umurnya yang kian meningkat. Pernah tak korang terfikir macam mana agaknya proses penuaan ni berlaku... Pernah tak fikir?? Jom zaty nak share sikit macam mana ia boleh berlaku.

Semuanya disebabkan oleh kolagen dalam badan kita. Kolagen adalah sejenis 'protein' yang dihasilkan oleh sel dalam tubuh kita. Ia amat membantu dalam memberi ketegangan kepada kulit. Di usia muda, banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan kita, ia membuatkan kulit tampak lebih muda, bersih, elastic, kenyal dan bebas dari kedutan. Contoh yang paaaling mudah! Cuba korang tengok kulit baby, geram kan... haa, itu adalah salah satu bukti kesan penghasilan kolagen yang banyak amat membantu melambatkan proses penuaan. 


Caakk... comel tak saya?? :)



Hi, momi-momi sekalian... ececceh!!

Haa...tengah pegang-pegang kulit laa tuu... amacam? licin tak? Alhamdulillah, syukur... :)

Sekarang dah nampak kan??
Apabila usia meningkat dewasa kulit kita pon kian meningkat keperluannya terhadap kolagen. Maksudnya di sini, bila usia meningkat kita amatlah memerlukan kolagen yang cukup untuk badan kita. Jika tidak mencukupi, makin lama kulit muka kita pon berubah sedikit demi sedikit, ini adalah kerana kesan daripada kurangnya kolagen yang dhasilkan oleh badan. Sebab tu kalau tengok orang yang dah berumur kulit mukanya sedikit berkedut dan kendur. Manusia memang tak boleh nak hasilkan kolagen sendiri sebab tu kena ikhtiar ambil dari sumber luar. 

Contoh haiwan yang boleh hasilkan kolagen sendiri iaitu arnab. Arnab adalah salah seekor haiwan yang boleh menghasilkan kolagen sendiri. Sekarang ni banyak dah produk-produk di pasaran yang boleh membantu kita untuk mendapatkan bekalan kolagen untuk badan terutamanya vitamin C. Tapi awas ye korang!! Bila dah ada banyak pilihan tu, kita mestilah membuat pilihan yang paaaling tepat... Cari dulu maklumat tentang sesuatu produk tu sebelum mencuba.  

Kalau tanya zaty, zaty akan suggest korang untuk ambil supplement vitamin C dari Shaklee. Serius best korang, kalau nak tahu lebih lanjut tentang vitamin C Sustained Release Shaklee yang ohseem ni.. Klik di sini.

Kalau nak nampak muda kenalah amalkan cara pemakanan yang sihat. Bila badan sihat dan cukup khasiat insyaAllah kurang penyakit yang datang. 

Antara tips awet muda:

1) Jaga pemakanan.
2) Jaga hati.
3) Senyum selalu
4) Jaga emosi
5) Jangan cepat marah/sabar
...................................................................................

Petua Awet Muda secara semulajadi:

Tips 1:Minum air mineral 8 gelas sehari. Dengan mengamalkan pengambilan air putih/mineral yang mencukupi ia dapat membantu melambatkan penuaan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah. Hal ini terjadi kerana air putih/mineral sangat baik dalam meneutralkan racun dalam badan kita dan memjadikan kulit sentiasa lembab. Bila kulit lembab, jerawat pun tak sempat nak membiak kerana jerawat selalunya akan datang pada kulit yang berminyak.


Tips 2: Tidur yang cukup. Jangan selalu berjaga malam kerana ia akan menyebabkan kendurnya kantung mata di mana boleh menampakkan wajah lebih tua. Selain itu, anda akan berada dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya kerana tidak mendapat rehat yang cukup seterusnya mengganggu emosi anda. 


Tips 3: Kurangkan pengambilan minuman bercaffein. Ini adalah kerana caffein itu sendiri membuatkan anda kelihatan lebih tua. Ia mempercepatkan proses penuaan. Zat beracun yang tidak sihat untuk badan eloklah dihindarkan kerana selain nampak lebih tua, ia mengundang pelbagai penyakit. 




Mudah je kan...hanya 3 tips.. semoga berjaya awet muda... :)


Sunday 4 September 2016

Gastrik ku datang lagi~~


Assalamualaikum... Selamat pagi korang... :)



Dah sarapan ke?? Korang pon ada gastrik macam zaty ke?? kalau iye tolonglah jangan skip breakfast ye... Sarapan sangat penting bagi semua orang, terutamanya yang ada gastrik.. 

Sebelum ni dengar orang cerita je... Skrg ni haa da kena batang hidung sendiri....

Kak mila ada cerita pasal gastrik dia teruk sebelum ni... Merangkak pegi toilet sampai tahap muntah kosong.. Berpaut ni nak jalan, dah tak tahan sangat malam tu jugak ajak mama papa k.mila pegi klinik...
Sebelum ni Zaty ingat sakit perut biase2 je, pastu ade satu hari tu terlupa nak isi perut, tak sempat nak sarapan.. sakit tu datang lagi... Last2 pegi jugak klinik (slalu memang jangan harap nak pergi klinik). Doktor kate gastrik...adoi.. Ok takpelah, awal lagi kot... Tak serius lagi..

Jumaat lepas ikot mak abah pergi jalan TAR cari brg, tahulahkan dengan cuaca panas teriknya... Pagi tu makan dah, minum susu+ esp la... Bertenaga dah... Lama jugak taw kenyang dia minum ESp ni.. selalu minum dalam pukul 7-8 pagi, sampai tengah hari tu masih boleh bertahan.. kalau ada kelas tengah hari pun insyaAllah tak ada masalah.. Tapi lunch janganlah skip pulak, cari penyakit lah tuu.. 

Teman mak abah beli barang di jalan Tar

Dah tengah hari tu lunch tak pasal-pasal makan bihun sup.. Hahaa... Dah tahu awk tu gastrik, cari pasal tak makan nasi dah kenapa!!
Konon-konon rasa boleh tahan la kot... (Sebenarnya tak tahu nak makan apa nasi campur, nak pilih lauk pun malas/tak tahu..adudududuu). Makan pukul 1 lebih, kejap je dah lapau balik.. yelah, bihun sup mana tahan. Bile dah petang sikit dalam pkol 3, baru pukul 3 kot... Kepala dah rasa lain macam.. Bergelodak2 perut ni.. Tapi tahankan jugakla sampai habis settle beli barang, dengan cuace mencucuk-cucuk kepala...

Waktu dalam kete, ok!! rasenye memang dah tak dapat bertahan lagi ni... Macam naik roller coaster dah ni.. Pastu cuba lelap mate, tapi tak boleh pulak...sekadar tidur2 ayam jela... Tahulah klu lelap dalam kete macam mana...

Tibe tol Nilai memang da rase kosong sangat dah perut ni... Kuatkan jugak sebab nak kena drive balik rumah pulak.. 20 mnt perjalanan..sebab masa pergi tadi abah jemput kat tol Nilai je.. jauh sangat nak ambil kat rumah.. Rase macam 1 jam dengan keadaan kepala tengah tak betul tu..Takdelah pulak bagitahu mak abah kepala poning..huu

Sampai-sampai je solat then terus pengsan... Lupe pulak nak singgah beli makanan tadi.. nak masak memang tidak ler.. kat rumah ni, roti ke biskut ke memang tak ada simpan sebab memang dua-dua manusia ni tak makan sangat ringan-ringan tu.. kalau lapar memang makan nasi je.. Tup-tup!! 8.30 mlm baru tersedar.. 

Ingat dah dapat lelap segarlah sikit kan... Sekali tengok, sakit tu tak hilang lagi...malah makin menikam adelah... Allahu akbar..lain mcm sungguh..
Dah la kne tinggal sorang2..knelah merangkak cari mknn.. Menggigil2 kaki nak pijak tanah ni..ketar2 tgn, org kedai tu pon pelik kot tgk aku...ya Allah..memang tak penah lagilah rase sakit macam ni... Semoga Allah mengampunkan dosa aku melalui sakit ni..

Mase nak solat isyak dah siap2 pakai telekung sume, tak boleh nak diri ni...memang tak larat sungguh ya Allah.... Sebelum ni pernah juga rasa macam ni sekali waktu subuh, mase tu perot kosong memang malam tu lapar pastu pergi makan laksa pulak.. lagi anginla..nak rukuk pun tak boleh..terduduk terus kat situ... 
Waktu tu solat jemaah sekali, tapi waktu rukuk tu zaty dah tak boleh ikot, agaknya mesti abang pelik..mana makmum tak rukuk2 lagi..huu,.. (wallahu 'alam) tak tahulah tu.. abang teruskan juga solat.. Dah selesai baru tahu apa yang berlaku.. memang pegang perut je waktu tu.. Sakitnya ya Allah!!

Pastu hari Jumaat ni kali yang kedua sakit tu datang menyerang... Terus tak jadi nak solat Isyak tadi.. Memang tak bolah nak rukuk.. Lipat2 telekung then siap2 nak ke rumah kakak ipar tumpang tido...risaulah sakit2 ni duduk sorang2 jadi apa-apa nanti susah pulak...takde orang tahu...

Kuatkan semangat ni drive pergi sana. Seganlah nak mintak k.ipar jemput. Memang terhuyung-hayangla bawa kete time tu, naseb kete tak banyak malam tu.. Waktu ni lah yang singgah kedai tadi beli roti... Memang dah tak kesah dah segan ke ape ke menggeletar2 ni...yang penting aku nak makanan... Sediih kot time ni... Tak tahu nak cakap cane......hmmm, rase macam dah terbuang.. Hahaa.. Org lain tengah berseronok bercuti kita kebuluran... Dugaan2..

Sampai je rumah k.ipar terus je cari kerusi nak duduk..memang tak larat lagi dah..tggu k.ipar siapkan bilik pastu terus je tebabom...landing..  Tapi perut ni still bersilat lagi... Time2 mcm ni nak telan roti pon tak lalu dah..tapi nak buat macam mana memang kene makan jugak ni...

Pastu merangkak laa nak capaikan roti... Makan secubit2, dgn kepala sakitnya..terlentok mengunyah tepi meja dalam bilik...pastu k.ipar buatkan Milo..tapi tahule nak telan bukan main payah... Lepas dah mkn roti separuh dah takley masuk lagi dah... Baring je balik.. Tibe2 rase air keluar taw kat mulut, ni tak lain nak keluar balik la ni... Masuk toilet muntah air, da kosong perutkan..smpai takde ape lagi dah nak dimuntahkan...
Pastu teringat bàlik, agaknya mcm ni lah yang k.mila rasa kan waktu gastrik datang.. memang perit ya Allah... 

Lepas dah buang tu dia rase lega sikitlah... bolehlah gagah2kan pergi layan anak buah main2.. kita tengok dari jauh camtu je.. Tapi badan still tak bermaya lagi sebab perut masih lapar.. Pastu sambung makan sikit sebab nak makan ubat kan.. Duduk2 ngan k.ipar tibe2 rase nak muntah balik... hmmm lepas tu keluarlah balik segala air milo, roti yang dah makan tadi... sediiih... 

Muntah kali kedua ni dah rasa lega sangat... alhamdulillah... 

Lepas tu terus je masuk tidur.. Solat isyak pukul 3 pagi, nasib baik sedar... hmm.. dugaan sungguh.. Tak bestkan kalau sakit, lagi2 kalau takde orang jage sedih dia memang makan jari je... hmm... Tapi sakitkan penghapus dosa,.. moge2 terampun dosaku ya Allah.. aku terima.. Dan akan ikhtiar untuk pulih... :)

Nasihat untuk diri sendiri dan korang yang ada gastrik tu, tolong tolong tolong jangan tinggalkan breakfast taw... penting sangat.. semoga gastrik ni tak datang lagi buat kali yang je 3.. 

Hati mohon sado yer... :) :)



-------------------------------------------

Antara simptom-simptom gastrik


Tengok beza perut orang gastrik dengan orang normal/sihat tanpa gastrik

Nak tahu apa yang zaty amalkan untuk pulihkan gastrik zaty semula?? Teruskan membaca di sini.




Antara testimoni set gastrik Shaklee:
















Korang kalau nak cuba bagitahu taw, insyaAllah zaty guide cara makan yang betul..

Ni nombor zaty.. 018.7666576

Thursday 1 September 2016

Fenomena Spa Bergerak




Bismillahirrahmannirrahiiim... 
Assalamualaikuum..



Selamat petang semua... Adakah anda salah sorang yang berminat untuk menyertai kami dalam The Walking Beauty Project?? atau, anda berminat untuk menjadi surirumah yang berpendapatan tinggi setiap bulan?? atau anda teringin nak ber'spa' hanya di rumah anda??

Tak kisahlah anda tergolong dalam golongan yang mana sekalipun, saya harap anda teruskan membaca ye.. :)





 DUIT TAK JATUH DARI LANGIT BEB!!! 

Pernah tak korang tengah duduk2 bersantai tu, tiba-tiba je duit jatuh bergolek-golek haa... takdekan?? Ofcozlaa takde, tak pernah terjadi kot, kecuali kalau anak orang kaya lain la.. takpon kahwin dengan orang kaya... hahahaa...tapi kena ingatlah tu bukan duit korang taw.. duit incik suami.. 

Pernah tak terlintas di fikiran korang nak ada income sendiri walaupun dengan hanya duduk di rumah dan bergelar suri rumah?? 

Pernah tak terlintas nak ada duit sendiri, sedikit sebanyak boleh jugaklah ringan-ringankan beban suami. Dengan nak bayar sewa rumahnya, bawa sewa kereta, bil api air, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi.. banyak kan?? 

Kalau kita ada income sendiri boleh jugaklah hulur-hulurkan kat mak ayah kita, adik beradik kita, sedara mara yang susah.. Tak payah dah nak mintak kat suami.. Kita pun puas, nak belanja itu ini pon senang..

Tak salah kalau isteri tak bekerja, duduk rumah je laaagi senang.. boleh jaga anak sendiri, kurang dah nak bayar nursery, transit anak lagi.. tapi lagi berbaloi kalau yang bergelar suri rumah pon ada pendapatan sendiri.. syiiook kan??

Saya juga seorang surirumah, dalam masa yang sama saya juga seorang pelajar. Tapi saya gembira dengan apa yang saya buat sekarang dan dengan harapan nak tingkatkan lagi pendapatan sampingan saya supaya ramai yang dapat dibantu.. Tak sama taw duit orang bagi dengan duit yang kita usahakan sendiri.. rasa dia lain macam.. Rasa bersyukur sangat lepas join project ni..



Face-to-face training

Masa ni baru lepas habis training facial skills dengan mommy tirah.. seronok korang.. masa ni berbunga-bunga hati, ya Allah lepas ni dah boleh ada income sendiri. Boleh buat simpanan sikit-sikit dari sekarang. 

Sekarang, saya dah ada spa sendiri!! yeah!! Atas nama saya sendiri.. tak perlu buka kedai pun, hanya di rumah. Zaty cover area Nilai, Sepang, Bandar Enstek. Ade dua konsep sebenarnya, sama ada kita datang rumah customer atau customer datang rumah kita. Selalunya customer lebih suka berfacial di rumah sendiri, sebab apa???


1- Malas nak keluar rumah, hadap jem, parking lagi. 
2- Lebih jimat, sebab bila dah keluar banyak pulak cukai tersembunyi yang lain (nak beli airla, singgah makan la,pastu mesti ada nak menyinggah tempat lain,kan3..)
3- Lebih selesa & aurat pun terjaga. ( takyah pikir dah nak pakai baju apa, tudung warna apa, leceh kan? sebab tu memang ramai permintaan spa di rumah sekarang)
4- Anak-anak terjaga (kalau buat kat rumah sendiri, anak-anak pun boleh join tengok sekali, takde nak risau kan)



Set NutriWhite Shaklee

Produk yang kita guna bukan produk cikai-cikai taw, produk thorbaik punya!! Produk yang diperbuat dari sumber semulajadi dan bebas bahan kimia. 

Once you decide nak join project Spa Bergerak ni, anda akan diberikan 1 set produk lengkap untuk berfacial. Tapi produk mengikut pakej yang anda pilih.. Jangan risaulah, dua-dua pakej tu sama je, cuma bilangan produk yang dibekalkan sahaja berbeza. 


Customer sedang ber'scrub'



Selalunya waktu ber'masker' ni, customer sudah lena dibuai mimpi..hahaa


BERMINAT???

Anda akan diajar dari A-Z sehingga betul-betul mahir dan berpuas hati dengan ilmu yang dikongsi..

Ingin tahu lebih lanjut tentang NATURAL HOME & MOBILE SPA, klik di sini. 



Jom jadi suri rumah berkerjaya..

work-at-home-wife
work-at-home-mum




Sebarang pertanyaan tentang projek Spa kami? Sila hubungi di sini.

Wednesday 31 August 2016

Penangan vitamin C-SR


Disebabkan kepentingan vitamin C itu sendiri, ramai yang ambil mudah dalam pemilihan untuk mendapatkan sumber vitamin C untuk kesihatan tubuh mereka. Asalkan namanya vitamin C, korang pon main sambau je tanpa berfikir panjang. Tidak dapat disangkal lagi, terlalu banyak 'jenama' vitamin C yang berada di pasaran sekarang. Dalam usaha untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran, anda juga amat disarankan untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih sumber vitamin yang berkualiti dan memberi manfaat yang banyak.
         



PERBEZAAN VITAMIN-C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE

 DENGAN JENAMA LAIN:

Korang tak pelik ke kenapa nama dia ada Sustained Release tu?? Vitamin C lain mana ada,kan3? Itulah yang istimewanya tentang vitamin C Shaklee ni. 
Sains pembebasan berterusan secara semulajadi.
Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan sebanyak 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Makna kata, sebiji vitamin C SR ni akan tahan dalam badan kita selama 5 jam, ia akan dilepaskan secara berperingkat. Cuba tengok vitamin C yang lain, cth sebiji 1000mg, tapi bila kita makan semua sekali akan terurai.

Vitamin C ni bila masuk dalam badan kita, dia akan terus serap semua nutrisi-nutrisi yang ada waktu tu. Kalau takde dia akan keluar jela ikut air kencing. Sebab tu vitamin C SR ni dilepaskan secara berperingkat, at least takdelah rugi korang makan sebiji tu, dahlaa mahal kan.. tapi takpelah berbalooi..

Vitamin C ni sudah pun diuji secara klinikal, di mana telah membuktikan bahawa vitamin C-SR mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah). Ia mampu membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 




Siapa kat sini kalau makan buah oren akan makan dengan kulit-kulit dia sekali?? Kagum jugak saya kalau memang ada yang makan, sebab sebiji oren ni banyak sangat khasiatnya, dari isi sampailah ke kulitnya. Bayangkan sebiji tablet vitamin C-SR ni bersamaan 7 biji dan separuh oren (7.5). 

Lepas ni takde masalahlah kalau nak dapat sumber vitamin C hari-hari makan je buah oren kan?? Tapi persoalannya larat ke korang nak makan 7 biji oren tu?? Kalau nak lebih mudah baik telan vitamin C-SR ni... Mudahkan?? 




ANTARA MANFAAT UTAMA VITAMIN C:

Membentuk kolagen- Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik. 

Memperbaiki simptom pendarahan- Kurangnya vitamin C menyebabkan gusi kerap berdarah, kulit mudah lebam (walau terhantuk dengan perlahan), lambat sembuh luka/cedera, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Meningkatkan sistem imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih melawan bakteria & kuman, kukuhkan sistem imun, memulih alergi hidung & kulit, serta asthma. Mengurangkan symptom flu & selesema.

Mencegah/perangi kanser- anti-oksidan yang berkuasa tinggi, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser. Menyingkirkan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Menghapus sel-sel radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit- mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama terhasilnya jeragat.

Memperbaiki insomnia- Melegakan stress dan keresahan.

Mengekalkan kolesterol sihat- Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan saluran darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman dan pendarahan di hidung.



AWAS!!!

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C.
Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin, sebab tu orang kata kalau nak awet muda kena senyum sokmo, jangan stress memanjang nanti cepat tua.
Bagi yang kerap mengambil pil tahan sakit, ia mampu menyusutkan kandungan vitamin C dalam badan kita, sebab tu kita tak digalakkan ambil ubat tahan sakit.





Semoga bermanfaat~~




Tuesday 23 August 2016

HOW TO ORDER??





Ingin mengetahui lebih lanjut untuk tempahan supplement yang anda inginkan? Mudah saja.


Anda boleh terus hubungi saya di talian 018-7666 576


ATAU


Boleh membuat pembelian sendiri. Anda hanya perlu tekan pada link yang berkaitan. Selamat membeli dengan cara paling mudah.





                    1- SET PERFECT BEAUTY

                    2- SET FLAWLESS SLIM

                    3- HEALTHY HAIR 
          
                    4- DOUBLE BEAUTY SKINCARE

                    5- SET SLIMMING 

                    6- SET SLIMMING BADGET

                    7- WATER PITCHER FULL SET

                    8- SET GASTRIK

                    9- SET OPTIMUM HEALTH


Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada saya di talian yang sama. 


Terima kasih kerana berbelanja di sini.


Datang lagi.




Monday 22 August 2016

Salon Muslimah MENIPU!!

Assalamualaikum...

Panas sungguhlah isu hari ni.. Word "muslimah" disalahgunakan..mana-mana tempat kalau boleh letak agaknya semua nak letak/guna..sedih :(  hmmm...

........................


Ceritanya macam ni, memandangkan kita ni work-at-home-wife, pantang aje bila ada orang ajak keluar.. cepat saja sambau..
Sebelum ni duduk di Enstek tak ada kenalan rapat yang tinggal area sini, semuanya muka-muka baru. 

Good news bila dapat tahu ada senior sekolah menengah baru pindah ke taman sebelah.. yeah!! Walaupun tak berapa nak rapat sangat, tapi bila dah tinggal dekat-dekat ni suka plak... Hubungan yang jauh boleh dieratkan ye dak... Lagi-lagi akak tu pun memang work-at-home-wife jugak, so fulltime ada di rumah. Kami bekerja di bawah organisasi yang sama taw.. Dua-dua pemilik Spa Bergerak..so, kalau korang berhajat nak berfacial bolehlah contact kami ye.. Boleh baca di sini

Sebelum ni da 3-4 kali keluar dengan kak ina ni, selalu kalau ada hal apa-apa roger je ajak keluar, mintak teman. Zaty pon ok jelah, sebab tak terikat dengan apa-apa sekarang ni, sebelum nak tunggu masuk sem baru.... Set masa awal laa, kalau hari tu FREE kitowang pon jalan laa.. Pos barang ke, pergi checkup ke kadang-kadang..seronok ada kawan.. So, hari ni k.ina ajak teman nak pergi gunting rambut. Lepas kemas-kemas rumah, sidai baju apa semua settle kerja, kami pon keluar. K.ina ni dari malam tadi memang dah survey dah tempat yang nak dituju, so zaty pon ikotkan ajelah.. 



Gambar sekadar hiasan


Guess what??? Sampai-sampai sana je, kami terkejut..kenapa orang india yang jaga ni, lelaki pulak tuu.. ok, dua-dua dah saling berpandangan dan terkejut... Pastu tergelak dah dua-dua manusia ni kat situ.. rasa kelakar pon ada jugak... Padahal, k.ina ni memang dah search "Salon Muslimah" kot.. Apahal sampai-sampai kedai jadi ammah appah pulak.. Dah lah link yang first sekali keluar.. Boleh pulak dapat kedai India.. Nama kedai pulak guna nama Melayu perempuan.. hmm, lagi sedih.. 

Hmm.. takpelah, lepas dah penat gelak tepi longkang, kami pon sambung dalam kereta.. hehehee.. ikhtiar cari tempat lain pulak.. last-last jumpa kat salak tinggi pulak.. ok.. 
Bagi mengelakkan 'pisang berbuah dua kali', k.ina pon call dulu no. salon tu untuk dapatkan kepastian, tak naklah dah sampai sana berulang lagi perkara yang sama. 



Gambar sekadar hiasan


Ok, yang ni cun.... :) Mak cik yang angkat fon, then dia kata nak tutup dah tengah hari jap lagi, dia mintak datang cepat, dia tunggu.. ok, kami pon memecut ke sana segera.. Sempatlah sempurnakan hajat, alhamdulillah... 

So, hati-hati ye kalau nak pilih kedai tu.. mungkin dekat-dekat area Nilai ni payah sikit kot nak jumpa.. Tapi jangan risau memang ada tempat yang sediakan kawasan tertutup untuk para muslimah.... Kepada yang berbisnes tu, kalau boleh jangan disalahgunakan ya perkataan 'muslimah' tu... Mungkin juga India tu tak faham kot maksud perkataan tu... sangka baik je, kami maafkan... :)

Satu pengajaran juga buat kami... 




..............

Dalam bergunting rambut tu, kami pon borak-boraklah dengan mak cik tu.. Baguslah, memang ngam dengan kitorang... Tadah telinga je bila mak cik tu lontarkan pendapat kat kami. Soalannya tadi tanya mak cik tu, macam mana kalau rambut selalu gugur.. Nak buat apa??

Mak cik tu kata, keguguran rambut ni normal je bagi perempuan.. Memang akan gugur nak-nak waktu sikat, lepas mandi.. 


Antara petua yang mak cik tu kongsi:

1- Jangan sikat masa rambut masih basah, memang cari nahas.. Sebabnya time ni rambut tengah lembut, sebab tu kalau tak gugur pun dia akan putus. 



2- Bungkuskan rambut dengan towel yang diperah dengan air suam, supaya pori-pori rambut terbuka. Kalau sebelum ni lepas mandi memang cepat je nak sikat, tak adalah pulak nak bungkus lama-lama.. Alhamdulillah, da dapat ilmu baru.




3- Sihatkan dalaman dulu kalau teringin nak ikhtiar dengan supplement. Serius!! mak cik tu yang cakap..




Kenapa mesti detox?? Sebab kalau organ dan sistem dalaman kita tak sihat, makanlah apapun, untuk cantik kulit ke, untuk hilang jerawat ke, untuk sihatkan rambut ke, semuanya takkan berkesan sebab toksin yang banyak dalam badan kita akan mengganggu mereka untuk bekerja.. So, yang mustahaknya adalah detox!!

Kalau kami yang memang ada bersama Shaklee ni memang kami dah tahu dah pasal detox ni, tapi bila orang luar sendiri mengesahkannya. Lagi-lagi yang pakar dalam hal rambut, lagilah kami jadi yakin dengan apa yang kami buat sekarang. Alhamdulillah.. Lebih yakin untuk membantu lebih ramai lagi untuk join Program Detox dan amalkan supplement lepas.. tq acik Midah.. Semoga dimurahkan rezeki nanti, banyak ilmu yang kami dapat.



Set Detox Terbaik






Bagi yang berminat untuk join Program Detox bersama saya, boleh terus hubungi saya di 018.7666576. Anda berhak mendapatkan harga istimewa serta layak mendapat cadangan menu harian daripada sepanjang berdetox.. :)



Lihat testimoni di sini.