Saturday 24 September 2016

TIPS RENOVATE RUMAH PELABURAN

TIPS RENOVATE RUMAH PELABURAN:




● Kos renovate rumah jangan lebih dari 10% dari nilai rumah tersebut. Kalau rumah 200k, renovate habis 100k, ditakuti market value tak dapat kos keseluruhan tersebut. Lagi satu, kemungkinan sukar untuk dijual kembali, sebab tak semua orang suka konsep renovation kita.

● Buat kitchen kabinet seminima mungkin kos. Bila cakap pasal rumah pelaburan, fokus kita adalah nak maksimumkan keuntungan dan kurangkan kos. Jadi kita buat kitchen cabinet panjang 5 kaki (3pintu) pun dah cukup untuk menaikan harga rumah tersebut berbanding buat kabinet panjang 15kaki.

● Cat ruang dalaman rumah dengan warna yang putih/cerah berbanding warna terang seperti oren, hijau, pink dan lain-lain. Citarasa bakal pembeli mungkin tidak sama dengan citarasa kita. Perasan tak, kalau kita pi show house projek baru, apa warna cat yang pemaju gunakan?

● Untuk dapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi, dapatkan kelulusan majlis (ada pelan ubahsuai) sebelum start buat renovation. Renovation tanpa pelan kelulusan lebih rendah nilai pasaranya.


Nak jual beli hartanah di Lembah Klang, boleh contact,
Mohd Zikry
Transasia Property Consultancy
019.461 4376


CC to: Page fb Medium Hartanah


Friday 9 September 2016

Petua Awet Muda


Selamat Petang semua.. ape cerita hari ni?? 
Walau ape sekalipun ceritanya, didoakan semoga hari ini lebih baik dari semalam... :)
Amiin



Cuba perhatikan gambar kat atas ni.. Seram tak?? Sebelah nampak muda, sebelah dah berkedut-kedut, sudah menampakkan umurnya yang kian meningkat. Pernah tak korang terfikir macam mana agaknya proses penuaan ni berlaku... Pernah tak fikir?? Jom zaty nak share sikit macam mana ia boleh berlaku.

Semuanya disebabkan oleh kolagen dalam badan kita. Kolagen adalah sejenis 'protein' yang dihasilkan oleh sel dalam tubuh kita. Ia amat membantu dalam memberi ketegangan kepada kulit. Di usia muda, banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan kita, ia membuatkan kulit tampak lebih muda, bersih, elastic, kenyal dan bebas dari kedutan. Contoh yang paaaling mudah! Cuba korang tengok kulit baby, geram kan... haa, itu adalah salah satu bukti kesan penghasilan kolagen yang banyak amat membantu melambatkan proses penuaan. 


Caakk... comel tak saya?? :)



Hi, momi-momi sekalian... ececceh!!

Haa...tengah pegang-pegang kulit laa tuu... amacam? licin tak? Alhamdulillah, syukur... :)

Sekarang dah nampak kan??
Apabila usia meningkat dewasa kulit kita pon kian meningkat keperluannya terhadap kolagen. Maksudnya di sini, bila usia meningkat kita amatlah memerlukan kolagen yang cukup untuk badan kita. Jika tidak mencukupi, makin lama kulit muka kita pon berubah sedikit demi sedikit, ini adalah kerana kesan daripada kurangnya kolagen yang dhasilkan oleh badan. Sebab tu kalau tengok orang yang dah berumur kulit mukanya sedikit berkedut dan kendur. Manusia memang tak boleh nak hasilkan kolagen sendiri sebab tu kena ikhtiar ambil dari sumber luar. 

Contoh haiwan yang boleh hasilkan kolagen sendiri iaitu arnab. Arnab adalah salah seekor haiwan yang boleh menghasilkan kolagen sendiri. Sekarang ni banyak dah produk-produk di pasaran yang boleh membantu kita untuk mendapatkan bekalan kolagen untuk badan terutamanya vitamin C. Tapi awas ye korang!! Bila dah ada banyak pilihan tu, kita mestilah membuat pilihan yang paaaling tepat... Cari dulu maklumat tentang sesuatu produk tu sebelum mencuba.  

Kalau tanya zaty, zaty akan suggest korang untuk ambil supplement vitamin C dari Shaklee. Serius best korang, kalau nak tahu lebih lanjut tentang vitamin C Sustained Release Shaklee yang ohseem ni.. Klik di sini.

Kalau nak nampak muda kenalah amalkan cara pemakanan yang sihat. Bila badan sihat dan cukup khasiat insyaAllah kurang penyakit yang datang. 

Antara tips awet muda:

1) Jaga pemakanan.
2) Jaga hati.
3) Senyum selalu
4) Jaga emosi
5) Jangan cepat marah/sabar
...................................................................................

Petua Awet Muda secara semulajadi:

Tips 1:Minum air mineral 8 gelas sehari. Dengan mengamalkan pengambilan air putih/mineral yang mencukupi ia dapat membantu melambatkan penuaan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah. Hal ini terjadi kerana air putih/mineral sangat baik dalam meneutralkan racun dalam badan kita dan memjadikan kulit sentiasa lembab. Bila kulit lembab, jerawat pun tak sempat nak membiak kerana jerawat selalunya akan datang pada kulit yang berminyak.


Tips 2: Tidur yang cukup. Jangan selalu berjaga malam kerana ia akan menyebabkan kendurnya kantung mata di mana boleh menampakkan wajah lebih tua. Selain itu, anda akan berada dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya kerana tidak mendapat rehat yang cukup seterusnya mengganggu emosi anda. 


Tips 3: Kurangkan pengambilan minuman bercaffein. Ini adalah kerana caffein itu sendiri membuatkan anda kelihatan lebih tua. Ia mempercepatkan proses penuaan. Zat beracun yang tidak sihat untuk badan eloklah dihindarkan kerana selain nampak lebih tua, ia mengundang pelbagai penyakit. 




Mudah je kan...hanya 3 tips.. semoga berjaya awet muda... :)


Sunday 4 September 2016

Gastrik ku datang lagi~~


Assalamualaikum... Selamat pagi korang... :)



Dah sarapan ke?? Korang pon ada gastrik macam zaty ke?? kalau iye tolonglah jangan skip breakfast ye... Sarapan sangat penting bagi semua orang, terutamanya yang ada gastrik.. 

Sebelum ni dengar orang cerita je... Skrg ni haa da kena batang hidung sendiri....

Kak mila ada cerita pasal gastrik dia teruk sebelum ni... Merangkak pegi toilet sampai tahap muntah kosong.. Berpaut ni nak jalan, dah tak tahan sangat malam tu jugak ajak mama papa k.mila pegi klinik...
Sebelum ni Zaty ingat sakit perut biase2 je, pastu ade satu hari tu terlupa nak isi perut, tak sempat nak sarapan.. sakit tu datang lagi... Last2 pegi jugak klinik (slalu memang jangan harap nak pergi klinik). Doktor kate gastrik...adoi.. Ok takpelah, awal lagi kot... Tak serius lagi..

Jumaat lepas ikot mak abah pergi jalan TAR cari brg, tahulahkan dengan cuaca panas teriknya... Pagi tu makan dah, minum susu+ esp la... Bertenaga dah... Lama jugak taw kenyang dia minum ESp ni.. selalu minum dalam pukul 7-8 pagi, sampai tengah hari tu masih boleh bertahan.. kalau ada kelas tengah hari pun insyaAllah tak ada masalah.. Tapi lunch janganlah skip pulak, cari penyakit lah tuu.. 

Teman mak abah beli barang di jalan Tar

Dah tengah hari tu lunch tak pasal-pasal makan bihun sup.. Hahaa... Dah tahu awk tu gastrik, cari pasal tak makan nasi dah kenapa!!
Konon-konon rasa boleh tahan la kot... (Sebenarnya tak tahu nak makan apa nasi campur, nak pilih lauk pun malas/tak tahu..adudududuu). Makan pukul 1 lebih, kejap je dah lapau balik.. yelah, bihun sup mana tahan. Bile dah petang sikit dalam pkol 3, baru pukul 3 kot... Kepala dah rasa lain macam.. Bergelodak2 perut ni.. Tapi tahankan jugakla sampai habis settle beli barang, dengan cuace mencucuk-cucuk kepala...

Waktu dalam kete, ok!! rasenye memang dah tak dapat bertahan lagi ni... Macam naik roller coaster dah ni.. Pastu cuba lelap mate, tapi tak boleh pulak...sekadar tidur2 ayam jela... Tahulah klu lelap dalam kete macam mana...

Tibe tol Nilai memang da rase kosong sangat dah perut ni... Kuatkan jugak sebab nak kena drive balik rumah pulak.. 20 mnt perjalanan..sebab masa pergi tadi abah jemput kat tol Nilai je.. jauh sangat nak ambil kat rumah.. Rase macam 1 jam dengan keadaan kepala tengah tak betul tu..Takdelah pulak bagitahu mak abah kepala poning..huu

Sampai-sampai je solat then terus pengsan... Lupe pulak nak singgah beli makanan tadi.. nak masak memang tidak ler.. kat rumah ni, roti ke biskut ke memang tak ada simpan sebab memang dua-dua manusia ni tak makan sangat ringan-ringan tu.. kalau lapar memang makan nasi je.. Tup-tup!! 8.30 mlm baru tersedar.. 

Ingat dah dapat lelap segarlah sikit kan... Sekali tengok, sakit tu tak hilang lagi...malah makin menikam adelah... Allahu akbar..lain mcm sungguh..
Dah la kne tinggal sorang2..knelah merangkak cari mknn.. Menggigil2 kaki nak pijak tanah ni..ketar2 tgn, org kedai tu pon pelik kot tgk aku...ya Allah..memang tak penah lagilah rase sakit macam ni... Semoga Allah mengampunkan dosa aku melalui sakit ni..

Mase nak solat isyak dah siap2 pakai telekung sume, tak boleh nak diri ni...memang tak larat sungguh ya Allah.... Sebelum ni pernah juga rasa macam ni sekali waktu subuh, mase tu perot kosong memang malam tu lapar pastu pergi makan laksa pulak.. lagi anginla..nak rukuk pun tak boleh..terduduk terus kat situ... 
Waktu tu solat jemaah sekali, tapi waktu rukuk tu zaty dah tak boleh ikot, agaknya mesti abang pelik..mana makmum tak rukuk2 lagi..huu,.. (wallahu 'alam) tak tahulah tu.. abang teruskan juga solat.. Dah selesai baru tahu apa yang berlaku.. memang pegang perut je waktu tu.. Sakitnya ya Allah!!

Pastu hari Jumaat ni kali yang kedua sakit tu datang menyerang... Terus tak jadi nak solat Isyak tadi.. Memang tak bolah nak rukuk.. Lipat2 telekung then siap2 nak ke rumah kakak ipar tumpang tido...risaulah sakit2 ni duduk sorang2 jadi apa-apa nanti susah pulak...takde orang tahu...

Kuatkan semangat ni drive pergi sana. Seganlah nak mintak k.ipar jemput. Memang terhuyung-hayangla bawa kete time tu, naseb kete tak banyak malam tu.. Waktu ni lah yang singgah kedai tadi beli roti... Memang dah tak kesah dah segan ke ape ke menggeletar2 ni...yang penting aku nak makanan... Sediih kot time ni... Tak tahu nak cakap cane......hmmm, rase macam dah terbuang.. Hahaa.. Org lain tengah berseronok bercuti kita kebuluran... Dugaan2..

Sampai je rumah k.ipar terus je cari kerusi nak duduk..memang tak larat lagi dah..tggu k.ipar siapkan bilik pastu terus je tebabom...landing..  Tapi perut ni still bersilat lagi... Time2 mcm ni nak telan roti pon tak lalu dah..tapi nak buat macam mana memang kene makan jugak ni...

Pastu merangkak laa nak capaikan roti... Makan secubit2, dgn kepala sakitnya..terlentok mengunyah tepi meja dalam bilik...pastu k.ipar buatkan Milo..tapi tahule nak telan bukan main payah... Lepas dah mkn roti separuh dah takley masuk lagi dah... Baring je balik.. Tibe2 rase air keluar taw kat mulut, ni tak lain nak keluar balik la ni... Masuk toilet muntah air, da kosong perutkan..smpai takde ape lagi dah nak dimuntahkan...
Pastu teringat bàlik, agaknya mcm ni lah yang k.mila rasa kan waktu gastrik datang.. memang perit ya Allah... 

Lepas dah buang tu dia rase lega sikitlah... bolehlah gagah2kan pergi layan anak buah main2.. kita tengok dari jauh camtu je.. Tapi badan still tak bermaya lagi sebab perut masih lapar.. Pastu sambung makan sikit sebab nak makan ubat kan.. Duduk2 ngan k.ipar tibe2 rase nak muntah balik... hmmm lepas tu keluarlah balik segala air milo, roti yang dah makan tadi... sediiih... 

Muntah kali kedua ni dah rasa lega sangat... alhamdulillah... 

Lepas tu terus je masuk tidur.. Solat isyak pukul 3 pagi, nasib baik sedar... hmm.. dugaan sungguh.. Tak bestkan kalau sakit, lagi2 kalau takde orang jage sedih dia memang makan jari je... hmm... Tapi sakitkan penghapus dosa,.. moge2 terampun dosaku ya Allah.. aku terima.. Dan akan ikhtiar untuk pulih... :)

Nasihat untuk diri sendiri dan korang yang ada gastrik tu, tolong tolong tolong jangan tinggalkan breakfast taw... penting sangat.. semoga gastrik ni tak datang lagi buat kali yang je 3.. 

Hati mohon sado yer... :) :)



-------------------------------------------

Antara simptom-simptom gastrik


Tengok beza perut orang gastrik dengan orang normal/sihat tanpa gastrik

Nak tahu apa yang zaty amalkan untuk pulihkan gastrik zaty semula?? Teruskan membaca di sini.




Antara testimoni set gastrik Shaklee:
















Korang kalau nak cuba bagitahu taw, insyaAllah zaty guide cara makan yang betul..

Ni nombor zaty.. 018.7666576

Thursday 1 September 2016

Fenomena Spa Bergerak




Bismillahirrahmannirrahiiim... 
Assalamualaikuum..



Selamat petang semua... Adakah anda salah sorang yang berminat untuk menyertai kami dalam The Walking Beauty Project?? atau, anda berminat untuk menjadi surirumah yang berpendapatan tinggi setiap bulan?? atau anda teringin nak ber'spa' hanya di rumah anda??

Tak kisahlah anda tergolong dalam golongan yang mana sekalipun, saya harap anda teruskan membaca ye.. :)





 DUIT TAK JATUH DARI LANGIT BEB!!! 

Pernah tak korang tengah duduk2 bersantai tu, tiba-tiba je duit jatuh bergolek-golek haa... takdekan?? Ofcozlaa takde, tak pernah terjadi kot, kecuali kalau anak orang kaya lain la.. takpon kahwin dengan orang kaya... hahahaa...tapi kena ingatlah tu bukan duit korang taw.. duit incik suami.. 

Pernah tak terlintas di fikiran korang nak ada income sendiri walaupun dengan hanya duduk di rumah dan bergelar suri rumah?? 

Pernah tak terlintas nak ada duit sendiri, sedikit sebanyak boleh jugaklah ringan-ringankan beban suami. Dengan nak bayar sewa rumahnya, bawa sewa kereta, bil api air, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi.. banyak kan?? 

Kalau kita ada income sendiri boleh jugaklah hulur-hulurkan kat mak ayah kita, adik beradik kita, sedara mara yang susah.. Tak payah dah nak mintak kat suami.. Kita pun puas, nak belanja itu ini pon senang..

Tak salah kalau isteri tak bekerja, duduk rumah je laaagi senang.. boleh jaga anak sendiri, kurang dah nak bayar nursery, transit anak lagi.. tapi lagi berbaloi kalau yang bergelar suri rumah pon ada pendapatan sendiri.. syiiook kan??

Saya juga seorang surirumah, dalam masa yang sama saya juga seorang pelajar. Tapi saya gembira dengan apa yang saya buat sekarang dan dengan harapan nak tingkatkan lagi pendapatan sampingan saya supaya ramai yang dapat dibantu.. Tak sama taw duit orang bagi dengan duit yang kita usahakan sendiri.. rasa dia lain macam.. Rasa bersyukur sangat lepas join project ni..



Face-to-face training

Masa ni baru lepas habis training facial skills dengan mommy tirah.. seronok korang.. masa ni berbunga-bunga hati, ya Allah lepas ni dah boleh ada income sendiri. Boleh buat simpanan sikit-sikit dari sekarang. 

Sekarang, saya dah ada spa sendiri!! yeah!! Atas nama saya sendiri.. tak perlu buka kedai pun, hanya di rumah. Zaty cover area Nilai, Sepang, Bandar Enstek. Ade dua konsep sebenarnya, sama ada kita datang rumah customer atau customer datang rumah kita. Selalunya customer lebih suka berfacial di rumah sendiri, sebab apa???


1- Malas nak keluar rumah, hadap jem, parking lagi. 
2- Lebih jimat, sebab bila dah keluar banyak pulak cukai tersembunyi yang lain (nak beli airla, singgah makan la,pastu mesti ada nak menyinggah tempat lain,kan3..)
3- Lebih selesa & aurat pun terjaga. ( takyah pikir dah nak pakai baju apa, tudung warna apa, leceh kan? sebab tu memang ramai permintaan spa di rumah sekarang)
4- Anak-anak terjaga (kalau buat kat rumah sendiri, anak-anak pun boleh join tengok sekali, takde nak risau kan)



Set NutriWhite Shaklee

Produk yang kita guna bukan produk cikai-cikai taw, produk thorbaik punya!! Produk yang diperbuat dari sumber semulajadi dan bebas bahan kimia. 

Once you decide nak join project Spa Bergerak ni, anda akan diberikan 1 set produk lengkap untuk berfacial. Tapi produk mengikut pakej yang anda pilih.. Jangan risaulah, dua-dua pakej tu sama je, cuma bilangan produk yang dibekalkan sahaja berbeza. 


Customer sedang ber'scrub'



Selalunya waktu ber'masker' ni, customer sudah lena dibuai mimpi..hahaa


BERMINAT???

Anda akan diajar dari A-Z sehingga betul-betul mahir dan berpuas hati dengan ilmu yang dikongsi..

Ingin tahu lebih lanjut tentang NATURAL HOME & MOBILE SPA, klik di sini. 



Jom jadi suri rumah berkerjaya..

work-at-home-wife
work-at-home-mum




Sebarang pertanyaan tentang projek Spa kami? Sila hubungi di sini.