Thursday 12 January 2017

SET SEMBELIT SHAKLEE: Sembelit mengundang bahaya



Assalamualaikum...
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersiaran bulan ni.. Lama dah tak jenguk blog ni..Hari ni ter'rajen' pulak kite...

Zaty percaya ramai orang di luar sana yang mengalami masalah penghadaman.. tapi disebabkan tiada kesedaran tentang kesihatan ada sesetengah yang tidak mengendahkan perkara tersebut malah tiada usaha untuk memulihkan keadaan masing-masing. Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita lihat ape itu Sembelit..



Gambar Pak Google


Pengertian penyakit sembelit


Sembelit (konstipasi) adalah satu keadaan dimana buang air besar menjadi lebih jarang dari biasa. Ini disebabkan najis yang kering dan keras sehingga sangat sulit untuk dikeluarkan serta akan menimbulkan rasa sakit ketika buang air besar. Seseorang dikatakan menderita sembelit (konstipasi) apabila tidak buang air besar (defekasi) selama 3 hari berturut-turut atau kurang dari 3 kali dalam seminggu, bagi orang dewasa. Sedangkan pada anak-anak disebut konstipasi apabila tidak buang air besar selama 5 hari atau lebih.


Penyakit sembelit lebih sering terjadi pada wanita dibandingkan laki-laki, terutama pada wanita hamil sering kali dijumpai terkena masalah sembelit. Selain itu usia juga mempengaruhi masalah ini, terutama wanita yang sudah berusia emas.
Bagaimana sembelit boleh terjadi? Berikut ini beberapa penyebabnya.

Penyebab penyakit sembelit
Sembelit atau konstipasi boleh terjadi disebabkan beberapa faktor:
  • Stres dan emosi yang tidak stabil 
  • Efek dari pengambilan ubat-ubatan
  • Kelainan pada sistem anatomi pencernaan, hormon, dan usus besar yang kurang elastis
  • Diet dan kurang beriadah/ bersukan
  • Kekurangan serat dan vitamin C
  • Menahan atau menunda buang air besar dalam waktu yang lama
  • Ketidakseimbangan elektrolit dan kelebihan serat
  • Penyumbatan oleh penyakit
  • Kehamilan 

Antara penyebab lain/ penyakit:

  • Penyumbatan pada usus besar atau rektum 
  • Kanser rektum
  • Kanser usus besar
  • Masalah usus/ penghadaman
  • Penyempitan usus besar (striktura)
  • Rektokel
  • Kanser perut
  • Masalah pada saraf di sekitar rektum dan usus besar
  • Penyakit parkinson
  • Cedera tulang belakang


Penyakit yang mempengaruhi hormon dalam tubuh
  • Kencing manis atau diabetes 
  • Tiroid kurang aktif (hypothyroidism)
  • Kelenjar paratiroid yang terlalu aktif (hiperparatiroidisme)


Cara mengatasi penyakit sembelit

Ada banyak cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi penyakit sembelit, ianya bergantung dari penyebab sembelit itu sendiri. Boleh bermula dengan mengubah gaya hidup atau dengan mengamalkan pemakanan tinggi serat:

Gambar Pak Google

  • Luangkan masa untuk bersukan/ beriadah. Paling kurang 1-2 kali seminggu. Kekuatan  otot usus dan pergerakannya akan meningkat dengan melakukan latihan ataupun aktiviti fizikal. Dengan kata lain bersukan sangat membantu dalam melancarkan sistem pencernaan, sekaligus membantu mengatasi sembelit.
Google
  • Meningkatkan pengambilan makanan tinggi serat. Tubuh yang banyak mengamalkan makanan cukup serat akan membuat najis menjadi lebih lembut serta licin sehingga mudah untuk melalui usus. Jadi amalkanlah makanan yang banyak serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran segar setiap hari terutama buah betik. Namun, jangan mengambil secara berlebihan kerana ia boleh membuat anda kembung. Sekadar yang diperlukan sahaja. 


  • Bagi yang suka sangat menunda untuk membuang air besar, tolong hentikan rutin seperti itu kerana ia memberi kesan yang tidak baik pada tubuh kita. Bila ada rasa nak membuang terus je cari tandas, jangan ditahan-tahan. keadaan ini akan membuat najis anda mengeras dan seterusnya sangat susah untuk dikeluarkan.

  • Cara yang terakhir yang boleh dikhtiakan adalah dengan cara mengamalkan pengambilan makanan tambahan. Untuk dewasa, kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusu anda tidak perlu risaulagi tentang masalah tersebut, dengan Set Sembelit Shaklee, insyaAllah segala masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan satu persatu. Semuanya dengan keizinan dariNya. Terutamannya bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak pasti akan mengalami masalah ini. Nak diterankan takut terbuka jahitan, sangat-sangat disarankan untuk mencuba Set Shaklee ini.


SET SEMBELIT SHAKLEE:

   
OSTEMATRIX- untuk ibu hamil

ALFALFA- untuk ibu menyusu (sekaligus sebagai milkbooster)

HERBA-LAX- untuk orang dewasa

MEALSHAKE- untuk kanak-kanak (sangat baik juga untuk kanak-kanak yang kurang selera makan, kurang makan sayur ataupun sebagai pengganti susu formula)

Lihat testimoni: Di Sini

TESTIMONI SET SEMBELIT SHAKLEE













Google


Testimoni mealshake 1


Testimoni mealshake 2


Testimoni mealshake 3


Testimoni mealshake 4



Klik di sini untuk info lanjut dan untuk menempah.

izzati
018.7666576
018.7666576