Saturday 24 September 2016

TIPS RENOVATE RUMAH PELABURAN

TIPS RENOVATE RUMAH PELABURAN:




● Kos renovate rumah jangan lebih dari 10% dari nilai rumah tersebut. Kalau rumah 200k, renovate habis 100k, ditakuti market value tak dapat kos keseluruhan tersebut. Lagi satu, kemungkinan sukar untuk dijual kembali, sebab tak semua orang suka konsep renovation kita.

● Buat kitchen kabinet seminima mungkin kos. Bila cakap pasal rumah pelaburan, fokus kita adalah nak maksimumkan keuntungan dan kurangkan kos. Jadi kita buat kitchen cabinet panjang 5 kaki (3pintu) pun dah cukup untuk menaikan harga rumah tersebut berbanding buat kabinet panjang 15kaki.

● Cat ruang dalaman rumah dengan warna yang putih/cerah berbanding warna terang seperti oren, hijau, pink dan lain-lain. Citarasa bakal pembeli mungkin tidak sama dengan citarasa kita. Perasan tak, kalau kita pi show house projek baru, apa warna cat yang pemaju gunakan?

● Untuk dapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi, dapatkan kelulusan majlis (ada pelan ubahsuai) sebelum start buat renovation. Renovation tanpa pelan kelulusan lebih rendah nilai pasaranya.


Nak jual beli hartanah di Lembah Klang, boleh contact,
Mohd Zikry
Transasia Property Consultancy
019.461 4376


CC to: Page fb Medium Hartanah


No comments:

Post a Comment