Friday 9 September 2016

Petua Awet Muda


Selamat Petang semua.. ape cerita hari ni?? 
Walau ape sekalipun ceritanya, didoakan semoga hari ini lebih baik dari semalam... :)
Amiin



Cuba perhatikan gambar kat atas ni.. Seram tak?? Sebelah nampak muda, sebelah dah berkedut-kedut, sudah menampakkan umurnya yang kian meningkat. Pernah tak korang terfikir macam mana agaknya proses penuaan ni berlaku... Pernah tak fikir?? Jom zaty nak share sikit macam mana ia boleh berlaku.

Semuanya disebabkan oleh kolagen dalam badan kita. Kolagen adalah sejenis 'protein' yang dihasilkan oleh sel dalam tubuh kita. Ia amat membantu dalam memberi ketegangan kepada kulit. Di usia muda, banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan kita, ia membuatkan kulit tampak lebih muda, bersih, elastic, kenyal dan bebas dari kedutan. Contoh yang paaaling mudah! Cuba korang tengok kulit baby, geram kan... haa, itu adalah salah satu bukti kesan penghasilan kolagen yang banyak amat membantu melambatkan proses penuaan. 


Caakk... comel tak saya?? :)



Hi, momi-momi sekalian... ececceh!!

Haa...tengah pegang-pegang kulit laa tuu... amacam? licin tak? Alhamdulillah, syukur... :)

Sekarang dah nampak kan??
Apabila usia meningkat dewasa kulit kita pon kian meningkat keperluannya terhadap kolagen. Maksudnya di sini, bila usia meningkat kita amatlah memerlukan kolagen yang cukup untuk badan kita. Jika tidak mencukupi, makin lama kulit muka kita pon berubah sedikit demi sedikit, ini adalah kerana kesan daripada kurangnya kolagen yang dhasilkan oleh badan. Sebab tu kalau tengok orang yang dah berumur kulit mukanya sedikit berkedut dan kendur. Manusia memang tak boleh nak hasilkan kolagen sendiri sebab tu kena ikhtiar ambil dari sumber luar. 

Contoh haiwan yang boleh hasilkan kolagen sendiri iaitu arnab. Arnab adalah salah seekor haiwan yang boleh menghasilkan kolagen sendiri. Sekarang ni banyak dah produk-produk di pasaran yang boleh membantu kita untuk mendapatkan bekalan kolagen untuk badan terutamanya vitamin C. Tapi awas ye korang!! Bila dah ada banyak pilihan tu, kita mestilah membuat pilihan yang paaaling tepat... Cari dulu maklumat tentang sesuatu produk tu sebelum mencuba.  

Kalau tanya zaty, zaty akan suggest korang untuk ambil supplement vitamin C dari Shaklee. Serius best korang, kalau nak tahu lebih lanjut tentang vitamin C Sustained Release Shaklee yang ohseem ni.. Klik di sini.

Kalau nak nampak muda kenalah amalkan cara pemakanan yang sihat. Bila badan sihat dan cukup khasiat insyaAllah kurang penyakit yang datang. 

Antara tips awet muda:

1) Jaga pemakanan.
2) Jaga hati.
3) Senyum selalu
4) Jaga emosi
5) Jangan cepat marah/sabar
...................................................................................

Petua Awet Muda secara semulajadi:

Tips 1:Minum air mineral 8 gelas sehari. Dengan mengamalkan pengambilan air putih/mineral yang mencukupi ia dapat membantu melambatkan penuaan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah. Hal ini terjadi kerana air putih/mineral sangat baik dalam meneutralkan racun dalam badan kita dan memjadikan kulit sentiasa lembab. Bila kulit lembab, jerawat pun tak sempat nak membiak kerana jerawat selalunya akan datang pada kulit yang berminyak.


Tips 2: Tidur yang cukup. Jangan selalu berjaga malam kerana ia akan menyebabkan kendurnya kantung mata di mana boleh menampakkan wajah lebih tua. Selain itu, anda akan berada dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya kerana tidak mendapat rehat yang cukup seterusnya mengganggu emosi anda. 


Tips 3: Kurangkan pengambilan minuman bercaffein. Ini adalah kerana caffein itu sendiri membuatkan anda kelihatan lebih tua. Ia mempercepatkan proses penuaan. Zat beracun yang tidak sihat untuk badan eloklah dihindarkan kerana selain nampak lebih tua, ia mengundang pelbagai penyakit. 




Mudah je kan...hanya 3 tips.. semoga berjaya awet muda... :)


No comments:

Post a Comment